Terkini
Salur bantuan secara telus kepada Gaza, bukan melalui Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat – GSPP
Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menuntut Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan sumbangan secara telus kepada rakyat Palestin di Gaza dan bukannya melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Fatah.
- Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menuntut Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan sumbangan secara telus kepada rakyat Palestin di Gaza dan bukannya melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Fatah.
- Pengarahnya, Muhammad Fauzi Asmuni berkata ini kerana kumpulan itu mempunyai persepakatan dengan negara haram Israel.
- Beliau berkata sekiranya bantuan dihulurkan kepada Fatah, terdapat kemungkinan besar ia tidak sampai kepada rakyat Gaza dengan baik selain pemerintahan PA juga berpusat di Tebing Barat yang juga wilayah berasingan di Palestin.
- “Mahmoud Abbas sendiri ada berkata, beliau bersedia untuk mentadbir Gaza setelah Hamas dikalahkan. Kenyataan beliau itu secara tidak langsung membuktikan yang Fatah sebenarnya tidak boleh diharap dalam isu ini,” katanya pada sidang media GSPP di Anjung Melayu, Bukit Petaling di sini, semalam.
KUALA LUMPUR – Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menuntut Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan sumbangan secara telus kepada rakyat Palestin di Gaza dan bukannya melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Fatah.
Pengarahnya, Muhammad Fauzi Asmuni berkata ini kerana kumpulan itu mempunyai persepakatan dengan negara haram Israel.
Beliau berkata sekiranya bantuan dihulurkan kepada Fatah, terdapat kemungkinan besar ia tidak sampai kepada rakyat Gaza dengan baik selain pemerintahan PA juga berpusat di Tebing Barat yang juga wilayah berasingan di Palestin.
“Mahmoud Abbas sendiri ada berkata, beliau bersedia untuk mentadbir Gaza setelah Hamas dikalahkan.
“Kenyataan beliau itu secara tidak langsung membuktikan yang Fatah sebenarnya tidak boleh diharap dalam isu ini,” katanya pada sidang media GSPP di Anjung Melayu, Bukit Petaling di sini, semalam.
Muhammad Fauzi berkata kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak yang didukung rakyat Palestin seperti Hamas dan beberapa pihak lain.
“Rata-rata rakyat Gaza merupakan pendukung Hamas, manakala Pihak Berkuasa Palestin di bawah bawah Fatah,” katanya.
Gabungan itu terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Aman Palestin, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) serta 48 pertubuhan lain. – The Merdeka Times