Connect with us

Terkini

Dakwa bukan bumiputera paling banyak terbabit rasuah, Presiden PAS Abdul Hadi Awang disiasat polis

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dakwa bukan bumiputera paling banyak terbabit rasuah, Presiden PAS Abdul Hadi Awang disiasat polis
Foto: Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Ini kerana kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera paling banyak terbabit rasuah.
  • Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505 © Kanun Keseksaan kerana keluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan.
  • Juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

KUALA LUMPUR – Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru berkata Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman dalam masa terdekat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan. Kertas siasatan juga dibuka menurut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Siasatan terhadap Abdul Hadi dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan setakat ini sebanyak 28 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“PDRM juga menyeru orang ramai untuk lebih prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis.

Sumber : Bernama

Author