Terkini
Media tempatan gelar Hamas sebagai militan perlu dikenakan tindakan – Ahli Parlimen Machang
Kerajaan digesa mengambil tindakan ke atas media tempatan yang masih menggelar kumpulan pejuang Palestin, Hamas sebagai kumpulan militan.
- Kerajaan digesa mengambil tindakan ke atas media tempatan yang masih menggelar kumpulan pejuang Palestin, Hamas sebagai kumpulan militan.
- Ahli Parlimen Machang dari PN-Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur dan mengambil tindakan ke atas media, terutama media berbahasa Mandarin dan Inggeris yang masih menggelarkan Hamas sebagai militan atau pengganas kerana tindakan itu bercanggah dengan pendirian kerajaan.
- “Saya setuju untuk mengingatkan rakyat, semua media bahawa ada yang dikatakan legitimate, maknanya yang hak asas mana-mana negara yang dijajah, yang dizalimi berhak sepertimana contoh yang terbaik adalah ANC (African National Congress),” demikian kata Perdana Menteri menegaskan pendiriannya bahawa Hamas bukan kumpulan pengganas dalam sidang Parlimen di sini hari ini.
- “Jadi untuk Malaysia saya setuju harus ada kesedaran ini supaya semua media faham kegelisahan dan sensitiviti rakyat dan mengiktiraf hak rakyat Palestin membantah dan bertindak,” kata Anwar.
Kerajaan digesa mengambil tindakan ke atas media tempatan yang masih menggelar kumpulan pejuang Palestin, Hamas sebagai kumpulan militan.
Ahli Parlimen Machang dari PN-Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur dan mengambil tindakan ke atas media, terutama media berbahasa Mandarin dan Inggeris yang masih menggelarkan Hamas sebagai militan atau pengganas.
Katanya, ini kerana tindakan itu bercanggah dengan pendirian kerajaan.
“Saya setuju untuk mengingatkan rakyat, semua media bahawa ada yang dikatakan legitimate, maknanya yang hak asas mana-mana negara yang dijajah, yang dizalimi berhak sepertimana contoh yang terbaik adalah ANC (African National Congress),” demikian kata Perdana Menteri menegaskan pendiriannya bahawa Hamas bukan kumpulan pengganas dalam sidang Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata bekas Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman memberi sokongan kepada ANC ketika ANC dituduh sebagai pengganas.
“Jadi untuk Malaysia saya setuju harus ada kesedaran ini supaya semua media faham kegelisahan dan sensitiviti rakyat dan mengiktiraf hak rakyat Palestin membantah dan bertindak,” kata Anwar.
Sebelum ini, The Merdeka Times melaporkan sebahagian media berbahasa Mandarin dan Inggeris melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas dan militan dengan memetik sumber media asing, ketika kerajaan tidak menyifatkan kumpulan Hamas sebagai pengganas.
Sumber: KiniTV