Connect with us

Terkini

Penyasaran semula subsidi petrol, diesel dilaksana dalam 3 kaedah – Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu penyasaran semula subsidi petrol dan diesel akan dilaksanakan dalam tiga kaedah serta dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri bulan ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penyasaran semula subsidi petrol, diesel dilaksana dalam 3 kaedah - Rafizi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli beritahu penyasaran semula subsidi petrol dan diesel dilaksanakan dalam tiga kaedah serta dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri bulan ini.
  • Rafizi berkata, mengikut pelan pelaksanaan dan garis masa ditetapkan untuk imbangi risiko inflasi yang bersifat spekulatif, kerajaan tidak mengumumkan bentuk dan kaedah penyasaran semula subsidi diesel dan petrol secara terperinci, buat masa ini.
  • “Bagaimanapun saya boleh memaklumkan kepada dewan bahawa beberapa kaedah utama yang dibincang dan dibentangkan setakat ini boleh dirangkum kepada tiga kaedah, yang pertama pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan belanja bersih secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial.
  • “Yang kedua, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan boleh belanja bersih isi rumah dan melalui pendekatan hibrid, gabungan perlindungan sosial serta bantuan sosial, manakala ketiga pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah dan individu tetapi dilaksanakan menggunakan kaedah kad subsidi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu penyasaran semula subsidi petrol dan diesel akan dilaksanakan dalam tiga kaedah serta dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri bulan ini.

Rafizi berkata, sejak 2015 sehingga 2023, jumlah subsidi dan bantuan sosial yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM294.5 bilion atau 10.9 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan bagi tempoh yang sama.

Katanya, Belanjawan 2024 memperuntukkan RM58.1 bilion untuk membiayai pelbagai bentuk subsidi dan bantuan kepada rakyat.

“Kerajaan mengenal pasti penyasaran semula subsidi sebagai inisiatif utama bagi memastikan keberkesanan pemberian bantuan serta menambah baik kedudukan fiskal kerajaan…perbincangan mengenai kaedah pelaksanaan program subsidi petrol dan diesel dilakukan di Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Mei, Jun, Julai dan September.

“Perbincangan itu menjurus kepada satu cadangan bersepadu yang akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri pada bulan ini, bersesuaian dengan jadual pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol dan diesel yang dijangka bermula pada 2024,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung program libat urus yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dengan semua pemegang taruh sebelum rancangan subsidi bersasar dilaksanakan pada 2024 dan apakah jenis subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan itu dan juga manfaat yang boleh dinikmati oleh ekonomi negara.

Rafizi berkata, mengikut pelan pelaksanaan dan garis masa yang ditetapkan untuk mengimbangi risiko inflasi yang bersifat spekulatif, kerajaan tidak mengumumkan bentuk dan kaedah penyasaran semula subsidi diesel dan petrol secara terperinci, buat masa ini.

“Bagaimanapun saya boleh memaklumkan kepada dewan bahawa beberapa kaedah utama yang dibincang dan dibentangkan setakat ini boleh dirangkum kepada tiga kaedah, yang pertama pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan belanja bersih secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial.

“Yang kedua, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan boleh belanja bersih isi rumah dan melalui pendekatan hibrid, gabungan perlindungan sosial serta bantuan sosial, manakala ketiga pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah dan individu tetapi dilaksanakan menggunakan kaedah kad subsidi,” katanya.

Beliau berkata keputusan khusus akan diumumkan mengikut garis masa yang ditetapkan kelak namun pelaksanaan penyasaran subsidi itu hanya boleh dilaksanakan selepas tempoh pengesahan dan verifikasi maklumat isi rumah dan pendapatan selesai terlebih dahulu untuk memastikan kelayakan setiap isi rumah.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *