Antarabangsa
AS akan berdepan akibat teruk jika serangan di Gaza tidak dihentikan – Menteri Pertahanan Iran
Menteri Pertahanan Iran pada Ahad memberi amaran Amerika Syarikat (AS) akan berdepan akibat yang teruk jika serangan rejim Israel di Gaza tidak dihentikan.
- Menteri Pertahanan Iran pada Ahad memberi amaran Amerika Syarikat (AS) akan berdepan akibat yang teruk jika serangan rejim Israel di Gaza tidak dihentikan.
- “Nasihat kami kepada AS ialah hentikan segera perang di Gaza dan laksanakan gencatan senjata, jika tidak, mereka akan dihentam teruk,” kata Mohammad-Reza Ashtiani dipetik agensi berita IRNA.
- Terdahulu, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani pada Ahad berkata, Israel melakukan “jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai” dengan “sokongan penuh” kerajaan AS.
- “Tindakan jenayah Israel, disokong penuh AS, menggambarkan semangat keangkuhan Washington yang mencetuskan sifat kebencian sesama negara di seluruh dunia,” kata Kanaani dilaporkan Press TV.
- Washington menolak seruan gencatan senjata penuh antara Israel dan Hamas, sebaliknya memilih untuk diadakan “jeda kemanusiaan”.
Menteri Pertahanan Iran pada Ahad memberi amaran Amerika Syarikat (AS) akan berdepan akibat yang teruk jika serangan rejim Israel di Gaza tidak dihentikan.
“Nasihat kami kepada AS ialah hentikan segera perang di Gaza dan laksanakan gencatan senjata, jika tidak, mereka akan dihentam teruk,” kata Mohammad-Reza Ashtiani dipetik agensi berita IRNA.
Terdahulu, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani pada Ahad berkata, Israel melakukan “jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai” dengan “sokongan penuh” kerajaan AS.
“Tindakan jenayah Israel, disokong penuh AS, menggambarkan semangat keangkuhan Washington yang mencetuskan sifat kebencian sesama negara di seluruh dunia,” kata Kanaani dilaporkan Press TV.
Washington menolak seruan gencatan senjata penuh antara Israel dan Hamas, sebaliknya memilih untuk diadakan “jeda kemanusiaan”.
Pentagon juga menghantar senjata tambahan kepada IDF dan menghantar armada tentera laut ke Laut Mediterranean barat untuk menunjukkan sokongan kepada Israel.
Sementara itu, Israel dan AS menuduh Iran sebagai dalang dalam serangan Hamas ke atas orang awam Israel dengan membekalkan kumpulan itu dengan senjata.
Pentagon menuduh Iran menyokong militia yang melakukan serangan dron dan roket ke atas pangkalan AS di Timur Tengah.
Teheran pula mengeluarkan kenyataan menyokong pencerobohan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel, tetapi mendakwa serbuan itu “usaha penuh rakyat Palestin”.
Israel bertindak balas terhadap pencerobohan 7 Oktober lalu dengan mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza dan menyerang apa yang dikatakan sebagai sasaran berkaitan Hamas.
Lebih 9,000 rakyat Palestin, termasuk ribuan wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh, menurut laporan pihak berkuasa tempatan di Gaza.
Sumber: RT