Connect with us

Kolumnis

Isu Minggu Solidariti Palestin: Enam persoalan perlu dijawab Menteri Pendidikan

Ini adalah enam isu atau persoalan yang timbul dari Poster ‘Dont’s Minggu Solidariti Palestin KPM’ yang dikongsikan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Firdaus Wong

Published

on

Isu Minggu Solidariti Palestin: Enam persoalan perlu dijawab Menteri Pendidikan
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Ini adalah enam isu atau persoalan yang timbul dari Poster ‘Dont’s Minggu Solidariti Palestin KPM’ yang dikongsikan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

Dalam perkara pertama menyebut;

1.Hindari retorik ekstrimis;

Jangan menggunakan atau simbol yang boleh dilihat sebagai provokatif atau menyokong keganasan. Contohnya; senjata api, pedang, tombak!

Dalam perkara pertama ini sahaja ada tiga (3) isu yang bermasalah.

PERTAMA;-

Simbol apa yang boleh dilihat sebagai provokatif atau menyokong keganasan? KPM perlu perincikan. Bagi sesetengah pelajar, simbol roket juga boleh dilihat sebagai simbol keganasan jikalau ada yang merasakan mafla atau bandana menutup muka ala S*M*H itu sebagai provokatif. 

KEDUA;-

Ini adalah prinsip yang tidak konsisten kerana semasa sambutan Hari Kebangsaan, ramai kanak-kanak berpakaian seperti tentera serta membawa senjata api mainan ke sekolah. Adakah mereka juga dikira provokatif dan menyokong keganasan? 

Bukankah antara tujuannya adalah menaikkan semangat cintakan negara dan keinginan menjadi pahlawan mempertahankan negara di kalangan anak muda. 

Apakah selepas ini prinsip yang sama akan digunakan dalam sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pahlawan ataupun sambutan lain di sekolah di mana senjata mainan atau berpakaian tentera tidak dibenarkan? 

Takrifan rasmi Kerajaan Malaysia pada S*M*H adalah mereka adalah PEJUANG. Maka memakai mafla atau bandana menutup muka bukannya provokatif atau menyokong keganasan sebagaimana kata Nga Kor Ming. 

KETIGA;-

Bagaimana pula dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah baru baru ini di mana kita dapat melihat pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina Pandamaran memakai pakaian COSPLAY dan ada di antara mereka yang membawa pedang, tombak, panah dan senjata mainan lain. Apakah memakai pakaian cosplay seperti ANIME itu tidak provokatif dan menyokong keganasan sedangkan kita tahu di dalam cerita anime penuh dengan adegan pergaduhan dan pembunuhan?

Persoalannya adalah, kenapa prinsip double standard di antara Minggu Solidariti Palestin & sambutan hari Kebangsaan serta pemakaian COSPLAY bersenjata di SJKC Pandamaran?

KEEMPAT;- 

dalam perkara 2 dalam poster dinyatakan;

“Elakkan menyalahkan individu atau agama: Jangan generalisasi atau menyalahkan seluruh kelompok atau agama tertentu atas tindakan segelintir individu.”

Jikalau individu seperti PM Israel Benjamin Netanyahu, Presiden US Joe Biden dan beberapa ahli kongres dan politik dari US yang jelas menyokong keganasan Zionis, maka mereka semua perlu dipersalahkan dan diberitahu kepada pelajar-pelajar akan kesalahan mereka dalam Minggu Solidari Palestin ini agar kelak para pelajar tidak menjadi pendokong kepada kezaliman dan bersuara membantu orang yang dizalimi!

KELIMA;- 

dalam perkara 6 disebut, 

“Jangan hanya menonjolkan perspektif satu pihak: Walaupun tujuan untuk menunjukan solidariti kepada Palestin, cuba memberikan gambar yang berimbang tentang situasi.”

Selama ini, masyarakat dunia disajikan dengan hanya satu perspektif iaitu perspektif Zionis & YB Menteri sendiri pasti tahu bagaimana media Barat mendiamkan berita penderitaan rakyat Gaza & Palestin serta menonjolkan mereka sebagai pengganas. 

Inilah masanya untuk pelajar sekolah didedahkan dengan ‘whats really happened on the ground’ yang jarang dipertontonkan kepada dunia oleh media barat & kebanyakkan media berbahasa Cina & Inggeris di Malaysia ini.

Sebagaimana kata Desmond Tutu, 

“Jikalau kamu bersikap neutral ketika terjadinya kezaliman, kamu sebenarnya telah berpihak kepada pihak yang zalim. Jikalau seekor gajah memijak ekor tikus dan kamu mengatakan kamu adalah neutral, tikus itu tidak akan dapat menghargai sikap neutral anda itu. “

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia telah bersuara dan sangat jelas kita tidak neutral dalam kezaliman. Sebab itulah diadakan Minggu Solidariti Palestin kerana kalau kita neutral, kita akan hanya mengadakan Minggu Solidariti tanpa menyebut mana-mana negara! 

Dan kerana ketegasan PMX & kerajaan menyokong Palestin, maka Amerika Syarikat telah memberikan 3 notis tata tindak kepada Malaysia. 

So, YB Menteri, “lets be truthful not neutral”.

KEENAM;- 

dalam perkara 7 disebut;- 

“Elakkan menggunakan simbol atau ikon yang boleh menimbulkan kontroversi : Ini termasuk bendera, slogan, atau gambar yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain.”

KPM perlu perincikan simbol atau ikon apa yang boleh menimbulkan kontroversi serta bendera, slogan atau gambar apa yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain kerana dengan poster yang ‘half past six’ begini menyebabkan ada sesetengah guru atau PPD yang saya gelar sebagai Little Napoleon yang memberikan pelbagai arahan sehingga tidak dibenarkan takbir, tidak dibenarkan qunut nazilah, tidak boleh dibawa bendera Palestin dan sebagainya.

Menyinggung perasaan orang lain luas tafsirannya YB & KPM! 

Perasaan siapa yang dimaksudkan? Perasaan orang yang menyokong Minggu Solidariti Palestin atau perasaan mereka yang membantah Minggu Solidariti Palestin seperti Jiao Zong & ibubapa SJKC Sungai Way yang mengugut untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah kerana membantah Minggu Solidariti Palestin? 

Adakah Nga Kor Ming menjaga perasaan majoriti ibubapa Muslim apabila dia menulis; 

“Sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstrimisme dan keganasan” lalu disertakan gambar pelajar pelajar memegang senjata mainan dan memakai bandana menutup muka?

Kita boleh setuju untuk tidak bersetuju tentang isu membawa senjata mainan ke sekolah tetapi prinsip ini (senjata mainan) perlu konsisten (tidak boleh juga ada senjata mainan dalam sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pahlawan & COSPLAY) & jangan hanya kerana membawa senjata mainan maka disebut fahaman ekstrimisme & keganasan!

Mungkin semua ini bukan salah YB Menteri atau KPM tetapi YB Menteri & KPM juga mesti bertanggungjawab di atas tindakan little napoleon yang memberikan pelbagai arahan berbeza sehingga pendirian PMX dan kerajaan yang tegas dalam isu ini disalahtafsir dan dipolemikkan disebabkan poster half past six sebegini. – The Merdeka Times

Firdaus Wong Wai Hung adalah seorang pempengaruh dan pendakwah bebas yang sering mengulas isu-isu semasa, khususnya membabitkan isu umat Islam.

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Sumber: Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *