Connect with us

Antarabangsa

Hutang Mesir kepada Bank Dunia selesai jika terima penduduk Gaza

Tel Aviv dilapor mempertimbangkan rancangan baharu untuk menolak keluar penduduk Gaza ke Sinai dengan tawaran melupuskan semua hutang Mesir kepada Bank Dunia, lapor akhbar Yedioth Ahronoth.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hutang Mesir kepada Bank Dunia selesai jika terima penduduk Gaza
Foto: Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi.
  • Tel Aviv dilapor mempertimbangkan rancangan baharu untuk menolak keluar penduduk Gaza ke Sinai dengan tawaran melupuskan semua hutang Mesir kepada Bank Dunia, lapor akhbar Yedioth Ahronoth.
  • Israel dilaporkan sedang memberi tekanan kepada Presiden Mesir Abdul Fattah al-Sisi untuk membenarkan kemasukan pelarian dari Gaza ke Mesir.
  • Sumber itu menyebut Mesir bimbang pelarian Palestin dari Gaza merentasi sempadan Rafah dalam jumlah besar.
  • Sisi sebelum ini memaklumkan penduduk Mesir tegas membantah ketibaan pelarian Palestin dari Gaza ke Sinai.
  • Beliau memberi amaran langkah sedemikian bakal menjadikan Mesir pangkalan aktiviti ketenteraan dan menariknya ke kancah peperangan selain Sinai dijadikan hab melancarkan serangan. 

Tel Aviv dilapor mempertimbangkan rancangan baharu untuk menolak keluar penduduk Gaza ke Sinai dengan tawaran melupuskan semua hutang Mesir kepada Bank Dunia, lapor akhbar Yedioth Ahronoth.

Menurut akhbar itu, Israel dilaporkan sedang memberi tekanan kepada Presiden Mesir Abdul Fattah al-Sisi untuk membenarkan kemasukan pelarian dari Gaza ke Mesir.

Sumber itu menyebut Mesir bimbang pelarian Palestin dari Gaza merentasi sempadan Rafah dalam jumlah besar.

Sisi sebelum ini memaklumkan penduduk Mesir tegas membantah ketibaan pelarian Palestin dari Gaza ke Sinai.

Beliau memberi amaran langkah sedemikian bakal menjadikan Mesir pangkalan aktiviti ketenteraan dan menariknya ke kancah peperangan selain Sinai dijadikan hab melancarkan serangan. 

Gaza didiami 2.4 juta penduduk Palestin dengan kebanyakan mereka mengerumuni sempadan Rafah yang ditutup semenjak bermulanya serangan rezim zionis yang tidak berhenti menyasarkan masyarakat awam.

Sumber: Egypt Independent

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *