Connect with us

Terkini

Boikot APEC, Malaysia akan buat ketetapan seiring negara Asia lain

Malaysia sedang berhubung dengan negara Asia lain termasuk China bagi mengetahui pendirian mereka sama ada mahu memboikot kehadiran pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau tidak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Boikot APEC, Malaysia akan buat ketetapan seiring negara Asia lain
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Malaysia sedang berhubung dengan negara Asia lain termasuk China bagi mengetahui pendirian mereka sama ada mahu memboikot kehadiran pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau tidak.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selepas memperoleh semua maklumat, barulah Malaysia akan membuat keputusan, seiring dengan keputusan negara Asia lain.
  • “Kita sedang teliti (kehadiran di APEC). APEC ini adalah Badan Ekonomi Asia Pasifik.
  • “Jadi sekarang kita hubungi negara ASEAN dan China tentang kedudukan mereka dan kita akan ambil keputusan selaras dengan pendirian rakan-rakan dan juga Asia,” katanya bagi menjawab pertanyaan dibangkitkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad (PN – Machang) sama ada Malaysia bercadang untuk memboikot sidang APEC pada November depan.

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang berhubung dengan negara Asia lain termasuk China bagi mengetahui pendirian mereka sama ada mahu memboikot kehadiran pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau tidak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selepas memperoleh semua maklumat, barulah Malaysia akan membuat keputusan, seiring dengan keputusan negara Asia lain.

“Kita sedang teliti (kehadiran di APEC). APEC ini adalah Badan Ekonomi Asia Pasifik.

“Jadi sekarang kita hubungi negara ASEAN dan China tentang kedudukan mereka dan kita akan ambil keputusan selaras dengan pendirian rakan-rakan dan juga Asia,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dibangkitkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad (PN – Machang) sama ada Malaysia bercadang untuk memboikot sidang APEC pada November depan.

Astro AWANI pada 24 September melaporkan, PM Anwar akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.

Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden itu.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *