Antarabangsa
Serangan darat susulan ke atas Gaza bukan mudah
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dengan penuh yakin mendakwa, pembebasan seorang anggota tenteranya daripada tawanan Hamas membuktikan keupayaan mereka memasuki Gaza.
- Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dengan penuh yakin mendakwa, pembebasan seorang anggota tenteranya daripada tawanan Hamas membuktikan keupayaan mereka memasuki Gaza.
- Dakwa Gallant, serangan darat yang dilakukan satu malam di Gaza bagi menyelamatkan tawanan Ori Megidish menjadi “bukti” Israel boleh saja menyelamatkan tebusan yang diketuai Hamas atau pasukan pengganas lain.
- Bagaimanapun, beliau berkata, operasi serangan darat susulan “bukan mudah.”
TEL AVIV: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dengan penuh yakin mendakwa, pembebasan seorang anggota tenteranya daripada tawanan Hamas membuktikan keupayaan mereka memasuki Gaza.
Dakwa Gallant, serangan darat yang dilakukan satu malam di Gaza bagi menyelamatkan tawanan Ori Megidish menjadi “bukti” Israel boleh saja menyelamatkan tebusan yang diketuai Hamas atau didakwa beliau sebagai pasukan pengganas lain.
Sehubungan itu, beliau berkata, operasi serangan darat susulan “bukan mudah.”
“Musuh sedang menentang, namun Angkatan Pertahanan Israel (IDF) berfungsi dengan penuh ketepatan dan keazaman melalui kerjasama antara tentera darat dan udara selain risikan yang padu,” kata Gallant.
“Operasi tidak akan berhenti dan saya dapat meyakinkankan bahawa mereka (IDF) berupaya untuk melunaskan tanggungjawab.
“Ini tidak akan menjadi perang yang singkat atau mudah, namun, kami berazam untuk meraih kemenangan kepada mereka yang telah mengorbankan nyawa mereka (dalam perang),” tegas Menteri Pertahanan Israel itu lagi.
Sumber: Astro Awani