Connect with us

Terkini

Segera tambat ringgit Malaysia – Tun M

Kerajaan digesa menambat mata wang negara sebagai langkah untuk mengelakkan nilainya daripada terus merudum berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) ketika ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Segera tambat ringgit Malaysia – Tun M
Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • Kerajaan digesa menambat mata wang negara sebagai langkah untuk mengelakkan nilainya daripada terus merudum berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) ketika ini.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penambatan ringgit dapat membantu negara menangkis kemerosotan akibat penyangak mata wang yang melakukan urusan tukaran mata wang asing negara.
  • Beliau menjangkakan RM akan terus susut sekiranya kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak melaksanakan kaedah tersebut memandangkan USD semakin mengukuh.
  • “Selain itu, ia (tambat ringgit) dapat membantu rakyat membeli barangan import dengan harga yang tidak terlalu mahal, seperti sekarang ini,” katanya.

SHAH ALAM: Kerajaan digesa menambat mata wang negara sebagai langkah untuk mengelakkan nilainya daripada terus merudum berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) ketika ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penambatan ringgit dapat membantu negara menangkis kemerosotan akibat penyangak mata wang yang melakukan urusan tukaran mata wang asing negara bagi keuntungan mereka.

Malah, beliau menjangkakan RM akan terus susut sekiranya kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak melaksanakan kaedah tersebut memandangkan USD semakin mengukuh.

“Selain itu, ia (tambat ringgit) dapat membantu rakyat membeli barangan import dengan harga yang tidak terlalu mahal, seperti sekarang ini.

“Sekarang barang import naik disebabkan RM yang lemah dan ditambah dengan peningkatan kos barangan tersebut, jadi rakyat terpaksa beli barang tersebut dengan harga mahal,” katanya pada sidang akhbar Persidangan Tahunan Parti Berjasa, pada Sabtu. 

Jelas Dr. Mahathir, kaedah tersebut terbukti berjaya menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus dalam krisis mata wang dunia sekitar tahun 1997 hingga 1998, yang mana kebanyakan mata wang dunia susut nilai akibat tindakan yang dilakukan penyangak mata wang.

“Malah Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1998 mengiktiraf kaedah yang dilakukan Malaysia pada waktu itu adalah cara terbaik bagi mengelak RM daripada terus susut.

“Jadi, saya tak faham apabila ada pihak dalam negara ini mengatakan bahawa menambat RM merupakan bukan cara terbaik bagi elak RM menyusut. Rakyat semakin susah dan tertekan dengan penyusutan ini. Harap ada tindakan segera daripada kerajaan,” tegasnya.

Semakan nilai mata wang pada Sabtu mendapati nilai ringgit berada pada paras RM4.78 berbanding USD. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *