Connect with us

Terkini

Sultan Johor diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari depan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari tahun depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sultan Johor diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari depan
Foto: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
  • Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari tahun depan.
  • Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pemilihan baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas), yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat.
  • Menurut Syed Danial, mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari tahun depan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pemilihan baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas), yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat.

“Mesyuarat tersebut dihadiri semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja kecuali Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya dalam kenyataan rasmi, di sini, pada Jumaat.

Menurut Syed Danial, mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Sultan Ibrahim dipilih bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Januari tahun depan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *