Connect with us

Terkini

Akaun Fleksibel tidak mampu ‘melegakan’ kesusahan rakyat – Wan Saiful

Pembukaan Akaun III atau dikenali sebagai Akaun Fleksibel kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula tahun depan dikatakan tidak mampu ‘melegakan’ kesusahan dihadapi rakyat sekarang. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Akaun Fleksibel tidak mampu 'melegakan' kesusahan rakyat – Wan Saiful
Foto: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
  • Pembukaan Akaun III atau dikenali sebagai Akaun Fleksibel kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula tahun depan dikatakan tidak mampu ‘melegakan’ kesusahan dihadapi rakyat sekarang. 
  • Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Akaun Fleksibel yang diperkenalkan menyukarkan rakyat untuk menyelesaikan situasi sukar sedangkan, pengeluaran KWSP bersasar membolehkan pencarum menyelesaikan masalah mereka serta merta. 
  • “Ada di antara mereka yang perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka dengan segera. Ada yang kereta kena tarik, rumah kena lelong, kena halau dari rumah sewa malah lebih meruncing, dikejar oleh ceti haram.
  • “Adalah tidak munasabah pembukaan Akaun Fleksibel akan menyelesaikan situasi sukar pencarum-pencarum ini. 
  • “Sedangkan, pengeluaran bersasar akan membolehkan pencarum menyelesaikannya serta merta. Bukankah itu lebih baik?” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam. 

KUALA LUMPUR – Pembukaan Akaun III atau dikenali sebagai Akaun Fleksibel kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula tahun depan dikatakan tidak mampu ‘melegakan’ kesusahan dihadapi rakyat sekarang. 

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Akaun Fleksibel yang diperkenalkan menyukarkan rakyat untuk menyelesaikan situasi sukar sedangkan pengeluaran KWSP bersasar membolehkan pencarum menyelesaikan masalah mereka serta merta. 

Wan Saiful berkata kerajaan gagal memahami situasi dihadapi pencarum KWSP yang terkesan.

“Ada di antara mereka yang perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka dengan segera. Ada yang kereta kena tarik, rumah kena lelong, kena halau dari rumah sewa malah lebih meruncing, dikejar oleh ceti haram.

“Adalah tidak munasabah pembukaan Akaun Fleksibel akan menyelesaikan situasi sukar pencarum-pencarum ini. 

“Sedangkan, pengeluaran bersasar akan membolehkan pencarum menyelesaikannya serta merta. Bukankah itu lebih baik?” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam. 

Wan Saiful berkata kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa kerajaan tidak bercadang melaksanakan sekali lagi pengeluaran bersasar daripada dana KWSP disifatkan sebagai angkuh kerana membayangkan kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat susah. 

“Rayuan untuk membolehkan pengeluaran bersasar telah disuarakan oleh ramai individu dan pelbagai NGO malah telahpun kita dengar tuntutannya sebelum Belanjawan 2023 lagi.

“Lebih menyedihkan, pencarum merayu mengeluarkan wang tabungan mereka sendiri dan bukan wang kerajaan.

“Malangnya nak guna duit sendiri pun nampaknya kerajaan tak benarkan.” katanya. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 sebelum ini mengumumkan mengenai Akaun Fleksibel KWSP sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahlinya pada bila-bila masa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata, akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasakan simpanan persaraan. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Wan Saiful

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *