Connect with us

Antarabangsa

Israel serang lapangan terbang Damsyik dan Aleppo

Israel sekali lagi menyerang lapangan terbang di Damsyik dan Aleppo di Syria, menyebabkan ia kembali tidak beroperasi di tengah-tengah pengeboman tanpa henti di Gaza, demikian lapor media kerajaan Syria.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel serang lapangan terbang Damsyik dan Aleppo
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel sekali lagi menyerang lapangan terbang di Damsyik dan Aleppo di Syria, menyebabkan ia kembali tidak beroperasi di tengah-tengah pengeboman tanpa henti di Gaza, demikian lapor media kerajaan Syria.
  • Serangan itu merupakan serangan kali kedua kemudahan itu sejak awal pengeboman Israel ke atas Gaza selepas operasi serangan Hamas pada 7 Oktober di Israel.
  • Agensi berita SANA pada Ahad lalu berkata, serangan udara Israel menyasarkan dua lapangan terbang utama itu telah “menyebabkan kematian seorang pekerja awam di lapangan terbang Damsyik serta mencederakan seorang lagi”.
  • “Kerosakan material pada landasan lapangan terbang menyebabkan ia tidak dapat beroperasi,” lapor SANA memetik sumber tentera yang tidak dinamakan.
  • Kementerian Pengangkutan Syria dalam kenyataan memberitahu semua penerbangan dilencongkan ke lapangan terbang Latakia.

Israel sekali lagi menyerang lapangan terbang di Damsyik dan Aleppo di Syria, menyebabkan ia kembali tidak beroperasi di tengah-tengah pengeboman tanpa henti di Gaza, demikian lapor media kerajaan Syria.

Serangan itu merupakan serangan kali kedua kemudahan itu sejak awal pengeboman Israel ke atas Gaza selepas operasi serangan Hamas pada 7 Oktober di Israel.

Agensi berita SANA pada Ahad berkata, serangan udara Israel menyasarkan dua lapangan terbang utama itu telah “menyebabkan kematian seorang pekerja awam di lapangan terbang Damsyik serta mencederakan seorang lagi”.

“Kerosakan material pada landasan lapangan terbang menyebabkan ia tidak dapat beroperasi,” lapor SANA memetik sumber tentera yang tidak dinamakan.

Kementerian Pengangkutan Syria dalam kenyataan berkata semua penerbangan dilencongkan ke lapangan terbang Latakia.

Pengeboman Israel setakat ini meragut kira-kira 4,400 nyawa di Gaza, menurut angka terkini, dengan kebanyakan mangsa dilaporkan terdiri dari wanita dan kanak-kanak.

Pada awal bulan ini, serangan dron yang melanda sebuah kolej tentera di wilayah Homs Syria, menurut pemantau perang telah membunuh lebih 100 individu.

Iran berulang kali memberi amaran pejuang penentang yang disokongnya di seluruh rantau itu boleh menyerang Israel dan meluaskan skop peperangan sekiranya Israel terus menyasarkan orang awam di Gaza yang disekat tanpa bekalan air, bahan api dan ubat-ubatan pada sebahagian besar tempoh peperangan itu.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *