Connect with us

Terkini

(VIDEO) “Ustaz tidak faham perjuangan Hamas, jangan jadi lidah Yahudi” – ZRA

Asatizah atau mana-mana individu tidak tahu tentang sejarah perjuangan Hamas dalam membebaskan bumi Palestin diingatkan supaya tidak menjadi  ‘lidah Yahudi’ dan alat propaganda rejim zionis Israel, demikian amaran pengamal media dan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Ustaz tidak faham perjuangan Hamas, jangan jadi lidah Yahudi” – ZRA
Foto: Pengamal Media dan Pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).
  • Asatizah atau mana-mana individu tidak tahu tentang sejarah perjuangan Hamas dalam membebaskan bumi Palestin diingatkan supaya tidak menjadi  ‘lidah Yahudi’ dan alat propaganda rejim zionis Israel, demikian amaran pengamal media dan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).
  • Zainal yang juga pengasas ZRA Strim berkata, ustaz-ustaz yang tidak tahu atau bukan dalam bidang sejarah Palestin seharusnya tidak mencampuri isu Palestin hingga menimbulkan fitnah.
  • “Saya bagi amaran kepada ustaz-ustaz yang tak reti sejarah atau siapa saja yang tidak reti tentang perjuangan Hamas, jangan jadi ‘lidah Yahudi’.
  • “Mereka yang hanya tahu dalam bidang, tuan-tuan (bidang) agama tapi tuan-tuan tak tahu dalam bidang sejarah Palestin, jangan campuri hingga membawa fitnah. Hamas tidak pernah jadi gagasan kepada Israel,” katanya dalam video tular di media sosial hari ini termasuk di TikTok.
  • Semakan The Merdeka Times mendapati Zainal merujuk kepada beberapa klip video antaranya membabitkan seorang ustaz dari Indonesia yang memberikan gambaran negatif terhadap perjuangan pemimpin Hamas dalam pembebasan Palestin.

KUALA LUMPUR – Asatizah atau mana-mana individu yang tidak tahu tentang sejarah perjuangan Hamas dalam membebaskan bumi Palestin diingatkan supaya tidak menjadi  ‘lidah Yahudi’ dan alat propaganda rejim zionis Israel, demikian amaran pengamal media dan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Zainal yang juga pengasas ZRA Strim berkata, ustaz-ustaz yang tidak tahu atau bukan dalam bidang sejarah Palestin seharusnya tidak mencampuri isu Palestin hingga menimbulkan fitnah.

Menyatakan beliau amat marah dengan tularnya video yang menuduh Hamas sebagai gagasan Israel dan menyifatkannya sebagai kumpulan pengganas, beliau mengingatkan individu terbabit supaya mendalami dan memahami sejarah pembebasan Palestin.

“Saya bagi amaran kepada ustaz-ustaz yang tak reti sejarah atau siapa saja yang tidak reti tentang perjuangan Hamas, jangan jadi ‘lidah Yahudi’.

“Saya (kini) berada di penempatan Al Wahdad (Jordan), penempatan dibangunkan pelarian Palestin pada 1967. Saya sangat marah pada video yang tersebar hari ini, tak kiralah fitnah ini datang dari ustaz-ustaz di Malaysia atau di Indonesia.

“Mereka yang hanya tahu dalam bidang, tuan-tuan (bidang) agama tapi tuan-tuan tak tahu dalam bidang sejarah Palestin, jangan campuri hingga membawa fitnah. Hamas tidak pernah jadi gagasan kepada Israel,” katanya dalam video tular di media sosial hari ini termasuk di TikTok.

Semakan The Merdeka Times mendapati Zainal merujuk kepada beberapa klip video antaranya membabitkan seorang ustaz dari Indonesia yang memberikan gambaran negatif terhadap perjuangan pemimpin Hamas dalam pembebasan Palestin.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, jika benar Hamas adalah gagasan Israel kenapa rejim zionis membunuh pemimpin utamanya seperti Sheikh Ahmad Yassin yang dibunuh pada 2004 dan kemudian penggantinya, Abdul Aziz Rantisi, sebelum cubaan bunuh ke atas Khaled Meshaal.

“(Almarhum) Abdul Aziz Rantisi juga beliau ditembak mati oleh helikopter Apache menggunakan roket. Bererti apa yang tuan-tuan (tidak) tahu, tuan-tuan jangan menyebarkan fitnah dan menjadi alat propaganda kepada Yahudi,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Zainal berkata, Hamas yang ditubuhkan pada pertengahan 1980-an adalah gerakan pembebasan Palestin yang menjadi alternatif kepada rakyat Palestin bagi membebaskan negara mereka dengan fundamental agama dan bukan hanya bersandarkan kepada perjuangan nasionalisme.

“Jadi bererti orang-orang yang membenci Hamas hari ini adalah orang yang berasal dari tradisi gerakan nasionalis yang dibentuk kerajaan lama di bawah pimpinan Amerika di Mesir dulu.

“Mereka tak mahu Mesir diperintah oleh sebuah parti yang berasaskan Islam sebagai fundamental. Maka Ikhwanul Muslimin diharamkan. Apabila Hamas menubuhkan gerakan ala Ikhwanul Muslimin, maka secara automatiknya ia akan dibenci.

“Maka itu saya ingatkan, tak kira siapa saudara, kalau saudara mahir dalam ilmu syurga neraka atau halal haram, jangan sentuh soal geopolitik,” kata Zainal. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *