Connect with us

Antarabangsa

Perang Israel-Palestin boleh jejas perpaduan ASEAN

Perang Israel-Palestin yang berterusan boleh menjejaskan perpaduan dan kerelevanan ASEAN yang mana anggota blok ekonomi Asia Tenggara itu mempunyai pelbagai pendirian berhubung krisis itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perang Israel-Palestin boleh jejas perpaduan ASEAN
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perang Israel-Palestin yang berterusan boleh menjejaskan perpaduan dan kerelevanan ASEAN yang mana anggota blok ekonomi Asia Tenggara itu mempunyai pelbagai pendirian berhubung krisis itu.
  • Tanpa penyelesaian tuntas, pakar bimbang berhubung kenyataan ‘berasingan’ negara anggota ASEAN, bahkan belum ada pendirian rasmi sebagai sebuah blok mengenai krisis di rantau itu.
  • Ketua Penyelidik dan Penyelaras Bersama Pusat Pengajian ASEAN di Institut ISEAS-Yusof Ishak, Joanne Lin, berpandangan wujud spektrum yang luas dalam kalangan negara anggota ASEAN yang agak sukar untuk dirapatkan sehingga menyukarkan membentuk pendirian secara bersama.
  • “Saya fikir sukar untuk membentuk pendirian atau pandangan yang sama, memandangkan dasar luas dan keselamatan yang sangat pelbagai dalam kalangan negara ASEAN,” katanya seperti dilaporkan Channel News Asia.
  • Dalam kalangan negara ASEAN, Indonesia, Malaysia dan Brunei tidak mengiktiraf Israel secara rasmi selain tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram itu.

SINGAPURA: Perang Israel-Palestin yang berterusan boleh menjejaskan perpaduan dan kerelevanan ASEAN yang mana anggota blok ekonomi Asia Tenggara itu mempunyai pelbagai pendirian berhubung krisis itu.

Tanpa penyelesaian tuntas, pakar bimbang berhubung kenyataan ‘berasingan’ negara anggota ASEAN, bahkan belum ada pendirian rasmi sebagai sebuah blok mengenai krisis di rantau itu.

Ketua Penyelidik dan Penyelaras Bersama Pusat Pengajian ASEAN di Institut ISEAS-Yusof Ishak, Joanne Lin, berpandangan wujud spektrum yang luas dalam kalangan negara anggota ASEAN yang agak sukar untuk dirapatkan sehingga menyukarkan membentuk pendirian secara bersama.

“Saya fikir sukar untuk membentuk pendirian atau pandangan yang sama, memandangkan dasar luas dan keselamatan yang sangat pelbagai dalam kalangan negara ASEAN.

“ASEAN tidak boleh memainkan peranan utama jika ia tidak dapat mengekalkan perpaduan dan kredibilitinya. Itu berkaitan cabaran dalaman. Cabaran seperti Myanmar dan isu takat kilat serantau seperti Laut China Selatan,” katanya seperti dilaporkan Channel News Asia.

Dalam kalangan negara ASEAN, Indonesia, Malaysia dan Brunei tidak mengiktiraf Israel secara rasmi selain tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram itu.

Susulan penerimaan pelbagai pendirian mengenai isu Palestin, kelompongan pendirian secara jitu dan bersatu terhadap konflik itu boleh mengurangkan kaitan blok itu di peringkat global.

Peperangan itu berlaku ketika pemimpin ASEAN bersiap sedia menghadiri sidang kemuncak sulung dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Arab Saudi.

Felo Kanan dan Penyelarasan Pusat Pengajian ASEAN, Sharon Seah, berpandangan apa yang berlaku di Palestin-Israel adalah satu peristiwa penting dalam hubungan ASEAN-GCC.

Justeru, beliau berpandangan akan terjalin kerjasama yang lebih ketara hasil pertemuan antara ASEAN dengan GCC, dianggotai Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Bahrain serta Oman.

Felo Penyelidik Kanan Institut Asia Barat dari Universiti Nasional Singapura, Dr Jean-Loup Samaan, berkata pertemuan itu mungkin akan dibayangi krisis Israel-Palestin yang berterusan walaupun akan ada perbincangan untuk menggalakkan keamanan oleh pemimpin tertentu, namun ia usaha yang tidak mungkin membuahkan hasil.

“Tiada ruang buat masa ini untuk pendekatan diplomatik. Momentum yang jelas kelihatan adalah persiapan operasi Israel ke atas Gaza. 

“Satu-satunya ruang yang boleh kita bayangkan ialah selepas operasi itu. Masalahnya bilakah operasi akan tamat dan itu tidak begitu jelas,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *