Connect with us

Antarabangsa

Biden marah, sedih pengeboman hospital di Gaza

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melahirkan rasa marah dan sedih dengan pengeboman Israel ke atas Hospital Al-Ahli al-Arabi di utara Semenanjung Gaza, pada Selasa.

Published

on

Biden marah, sedih pengeboman hospital di Gaza
Foto: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melahirkan rasa marah dan sedih dengan pengeboman Israel ke atas Hospital Al-Ahli al-Arabi di utara Semenanjung Gaza, pada Selasa.
  • Dalam kenyataan pada Rabu, Biden berkata, beliau menghubungi Raja Jordan, Raja Abdullah dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sejurus mendapat berita pengeboman hospital berkenaan.
  • “Saya telah mengarahkan pasukan keselamatan negara untuk terus mengumpul maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
  • Kira-kira 500 rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di hospital Gaza semalam yang menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin berpunca daripada serangan udara Israel.

PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden melahirkan rasa marah dan sedih dengan pengeboman Israel ke atas Hospital Al-Ahli al-Arabi di utara Semenanjung Gaza, pada Selasa.

Dalam kenyataan pada Rabu, Biden berkata, beliau menghubungi Raja Jordan, Raja Abdullah dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sejurus mendapat berita pengeboman hospital berkenaan.

“Saya sangat marah dan sedih dengan kejadian pengeboman di Hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza dan kehilangan nyawa yang sangat dahsyat.

“Saya telah mengarahkan pasukan keselamatan negara untuk terus mengumpul maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Kira-kira 500 rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di hospital Gaza semalam yang menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin berpunca daripada serangan udara Israel.

Letupan itu adalah insiden berdarah paling teruk di Gaza sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti terhadap wilayah berpenduduk padat itu pada 7 Okt, sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas merentas sempadan ke selatan Israel.

Biden menegaskan, Amerika Syarikat berdiri teguh untuk melindungi kehidupan orang awam semasa konflik.

“Kami meratapi pesakit, kakitangan perubatan dan orang lain yang tidak bersalah yang terkorban atau cedera dalam tragedi ini,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author