Connect with us

Terkini

Warga Israel salahkan kerajaannya atas serangan, desak Netanyahu letak jawatan – Tinjauan

Empat dari lima warga Israel Yahudi percaya kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bertanggungjawab ke atas penyusupan pejuang Hamas ke negara haram itu pada 7 Oktober lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Warga Israel salahkan kerajaannya atas serangan, desak Netanyahu letak jawatan – Tinjauan
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Empat dari lima warga Israel Yahudi percaya kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bertanggungjawab ke atas penyusupan pejuang Hamas ke negara haram itu pada 7 Oktober lalu.
  • Ini termasuk rentetan insiden pembunuhan tentera dan penduduk Israel selepas serangan mengejut itu berdasarkan data tinjauan Pusat Dialog diterbitkan Khamis lalu, demikian lapor The Jerusalem Post.
  • Majoriti besar responden iaitu seramai 86 peratus, dengan 79 peratus terdiri daripada penyokong kerajaan gabungan berkata, serangan mengejut dari Gaza berpunca dari kegagalan kepimpinan negara, manakala 92 peratus mengatakan peperangan itu menyumbang kepada keresahan.
  • Hampir semua responden tinjauan iaitu 94 peratus percaya bahawa kerajaan perlu bertanggungjawab atas kekurangan persediaan keselamatan yang menyumbang kepada serangan itu.
  • Seramai 56 peratus berkata Netanyahu mesti meletak jawatan pada penghujung perang, dengan 28 peratus pengundi gabungan bersetuju dengan pandangan itu dan 52 peratus responden juga mahu Menteri Pertahanan, Yoav Gallant meletak jawatan.
  • Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa dengan pelancaran serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.

Empat dari lima warga Israel Yahudi percaya kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bertanggungjawab ke atas penyusupan pejuang Hamas ke negara haram itu pada 7 Oktober lalu.

Ini termasuk rentetan insiden pembunuhan tentera dan penduduk Israel selepas serangan mengejut itu berdasarkan data tinjauan Pusat Dialog diterbitkan Khamis lalu, demikian lapor The Jerusalem Post.

Majoriti besar responden iaitu seramai 86 peratus, dengan 79 peratus terdiri daripada penyokong kerajaan gabungan berkata, serangan mengejut dari Gaza berpunca dari kegagalan kepimpinan negara, manakala 92 peratus mengatakan peperangan itu menyumbang kepada keresahan.

Hampir semua responden tinjauan iaitu 94 peratus percaya bahawa kerajaan perlu bertanggungjawab atas kekurangan persediaan keselamatan yang menyumbang kepada serangan itu.

Manakala 75 peratus daripadanya berkata kerajaan memegang sebahagian besar tanggungjawab atas apa yang berlaku.

Tinjauan ke atas 620 orang Yahudi Israel dari seluruh negara itu juga mendapati majoriti responden percaya Netanyahu harus meletakkan jawatan selepas Operasi Swords of Iron dilancarkan Israel tamat nanti.

Seramai 56 peratus berkata Netanyahu mesti meletak jawatan pada penghujung perang, dengan 28 peratus pengundi gabungan bersetuju dengan pandangan itu dan 52 peratus responden juga mahu Menteri Pertahanan, Yoav Gallant meletak jawatan.

Selain itu, kebanyakan responden berkata mereka tidak mempercayai kerajaan untuk mengetuai perang ke atas Gaza, dengan tinjauan itu dijalankan sebelum bekas Menteri Pertahanan Benny Gantz menyertai kerajaan perpaduan tergempar pada petang Rabu lalu.

Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa dengan pelancaran serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.

Sumber: The Jerusalem Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *