Connect with us

Terkini

Guru liwat murid, rayuan gagal namun hukuman dikurangkan

Mohamad Harman Faiz Hussin, 30, semalam telah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Ia bersabitan kesalahan meliwat seorang murid tahun enam pada 2016.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Guru liwat murid, rayuan gagal namun hukuman dikurangkan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang bekas guru pelatih gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan sabitan atas kesalahan meliwat seorang murid tahun enam pada 2016.
  • Mohamad Harman Faiz Hassin, 30, didapati bersalah atas sabitan kesalahan liwat yang dilakukan di sebuah bilik di asrama institut perguruan di Besut, Terengganu lebih kurang jam 1 petang pada 17 September 2016.
  • Sebelum itu, Mohamad Harman telah dibebaskan dengan ikat jamin RM22,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya selesai.
  • Ketika Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman pada 5 Mac 2019, hukumannya adalah 14 tahun penjara dan 10 sebatan.
  • Ketika rayuan di Mahkamah Tinggi, hukuman penjaranya dikurangkan kepada 10 tahun dan 6 kali sebatan.
  • Terakhir rayuannya di Mahkamah Rayuan, hukuman penjaranya dikurangkan menjadi 6 tahun penjara dan hukuman 2 kali sebatan.

PUTRAJAYA – Mohamad Harman Faiz Hussin, 30, semalam telah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Ia bersabitan kesalahan meliwat seorang murid tahun enam pada 2016.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara menolak rayuan Mohamad Harman terhadap sabitan kesalahan liwat yang dilakukan di sebuah bilik di asrama institut perguruan di Besut, Terengganu pada kira-kira 1 petang 17 September 2016.

Hakim berkata Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan yang betul berdasarkan bukti dan sabitan Mohamad Harman bagi kesalahan itu adalah selamat.

Namun begitu, mahkamah bersetuju untuk mengurangkan hukuman penjara terhadap Mohamad Harman kerana ketika kesalahan dilakukan beliau masih muda dan merupakan kesalahan pertama.

Pada 5 mac 2019, Mahkamah Sesyen mendapati Mohamad Harman bersalah atas tuduhan meliwat murid lelaki berusia 12 tahun ketika itu dan menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 6 sebatan.

Dia kemudian merayu terhadap sabitan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi gagal. Namun hukuman penjara dikurangkan daripada 14 tahun kepada 10 tahun. Hukuman sebatan dikurangkan dari 6 sebatan kepada 2 sebatan. Dia kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan mengurangkan penjara dari 10 tahun kepada 6 tahun.

Dalam rayuan di Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada panel hakim iaitu Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan, turut mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen supaya Mohamad Harman menjalani pengawasan polis selama 2 tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.

Kamaludin berkata penjara 6 tahun itu juga akan mengambil kira tempoh Mohamad Harman menjalani hukuman penjara sebelum dia diberi jaminan oleh Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuannya diselesaikan.

Peguam Datuk Jasbeer Singh Kaura yang mewakili Mohamad Harman memberitahu media bahawa anak guamnya pernah menjalani hukuman penjara kira-kira setengah bulan sebelum ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud.

Sumber : BERNAMA

Author