Antarabangsa
Konflik Israel-Palestin: AS tidak akan berperang, tapi hantar senjata kepada rejim zionis
Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengerahkan tenteranya ke Israel tetapi akan terus membekalkan keperluan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) bagi menentang pejuang Hamas.
- Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengerahkan tenteranya ke Israel tetapi akan terus membekalkan keperluan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) bagi menentang pejuang Hamas.
- Perkara itu dimaklumkan Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby kepada pemberita di Rumah Putih semalam.
- Dipetik RT, beliau dilaporkan berkata; “Kami mempunyai kepentingan keselamatan negara di seluruh rantau itu” merujuk kepada tindakan AS menempatkan kapal perang induknya di timur Laut Mediterranean, tetapi menafikan khabar angin tentera udara atau laut akan diturunkan di Israel.
- “Israel jelas menyatakan mereka tidak mahu tentera asing di bumi mereka, mereka mahu menjalankan operasi ini sendiri dan mereka berhak untuk melakukan perkara tersebut,” katanya.
Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengerahkan tenteranya ke Israel tetapi akan terus membekalkan keperluan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) bagi menentang pejuang Hamas.
Perkara itu dimaklumkan Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby kepada pemberita di Rumah Putih semalam.
Dipetik RT, beliau dilaporkan berkata; “Kami mempunyai kepentingan keselamatan negara di seluruh rantau itu” merujuk kepada tindakan AS menempatkan kapal perang induknya di timur Laut Mediterranean, tetapi menafikan khabar angin tentera udara atau laut akan diturunkan di Israel.
“Israel jelas menyatakan mereka tidak mahu tentera asing di bumi mereka, mereka mahu menjalankan operasi ini sendiri dan mereka berhak untuk melakukan perkara tersebut,” katanya.
“(Kita) tiada niat, (dan) tiada rancangan untuk meletakkan tentera Amerika di darat untuk bertempur,” kata Kirby.
Beliau mengesahkan ‘beberapa pakar’ AS sudah memberikan ‘nasihat dan saranan’ kepada Baitulmaqdis Barat cara membebaskan tebusan ditawan Hamas.
Ini termasuk mengekalkan hubungan luar biasa ‘perkongsian maklumat dan perisikan’ dengan Israel serta ‘hubungan pertahanan yang kukuh’ dalam hal melibatkan penyediaan senjata dan amunisi.
IDF dikatakan ‘kecil tetapi sangat berkebolehan’ dan AS sedang “melakukan segala yang termampu untuk menambah baik kebolehan itu,” kata Kirby.
Ketua Staf IDF, Jeneral Herzi Halevi sebelum itu berkata tentera yang “gagal” melindungi Israel dan rakyatnya Sabtu lalu akan diteliti sebaik sahaja perang menentang pejuang Palestin berakhir.
Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas yang menguasai sebahagian besar Gaza menyerang pada ulang tahun perang 1973, melancarkan ribuan roket ke Israel dan dikatakan menghantar lebih 1,000 pejuang untuk meruntuhkan tembok sempadan haram Israel dalam operasi ‘Taufan Al-Aqsa’.
Sumber: RT