Terkini
‘Ketawa’ masjid dimusnahkan Israel: Sebilangan rakyat Malaysia tidak sensitif, Islamofobik!
Sebilangan rakyat Malaysia didapati tidak sensitif dengan memberi reaksi ‘ketawa’ terhadap hantaran poster media berbahasa Mandarin, Sin Chew Daily mengenai berita kehancuran Masjid Muhammad al-Amin, di Khan Younis, Gaza.
- Sebilangan rakyat Malaysia didapati tidak sensitif dengan memberi reaksi ‘ketawa’ terhadap hantaran poster media berbahasa Mandarin, Sin Chew Daily mengenai berita kehancuran Masjid Muhammad al-Amin, di Khan Younis, Gaza.
- Ia dapat dilihat dalam hantaran akaun Facebook Malaysia Sin Chew Daily yang dimuat naik 9 Oktober lalu dan menerima reaksi ‘ketawa’ lebih 870 pengguna media sosial platform itu
- Hantaran dimuat naik Sin Chew Daily itu menunjukkan imej jelas kehancuran rumah ibadat penganut agama Islam itu di Palestin.
- Seorang pengguna FB bertindak memberi komentar sinis berbunyi; “Cepat hantar lebihan penjawat awam kita untuk pertahankan(nya)”.
- Reaksi kebanyakan pengguna berbahasa Mandarin di Malaysia itu menimbulkan tanda tanya apakah sentimen islamofobik berkait kehancuran dan kemusnahan yang dilihat itu boleh dijadikan tiket khas mengutuk penjawat awam dan agama Islam di Malaysia?
Sebilangan rakyat Malaysia didapati tidak sensitif dengan memberi reaksi ‘ketawa’ terhadap hantaran poster media berbahasa Mandarin, Sin Chew Daily mengenai berita kehancuran Masjid Muhammad al-Amin, di Khan Younis, Gaza.
Ia dapat dilihat dalam hantaran akaun Facebook Malaysia Sin Chew Daily yang dimuat naik 9 Oktober lalu dan menerima reaksi ‘ketawa’ lebih 870 pengguna media sosial platform itu
Hantaran dimuat naik Sin Chew Daily itu menunjukkan imej jelas kehancuran rumah ibadat penganut agama Islam itu di Palestin.
Selain pelbagai reaksi yang ditunjukkan pengguna akaun media sosial platform itu, seorang pengguna FB bertindak memberi komentar sinis berbunyi; “Cepat hantar lebihan penjawat awam kita untuk pertahankan(nya)”.

Seorang individu lain turut memberi komentar mengaitkan kemusnahan masjid itu satu seruan untuk ‘parti pak lebai’, (merujuk kepada PAS) supaya beraksi; “Sekarang (tiba masa) parti pak lebai beraksi! Seru pejuang Muslim satu dunia untuk jihad.”

Seorang pengguna lain turut berkata; “Tak apa! Muslim Malaysia sangat kaya, boleh derma lagi.”

Reaksi kebanyakan pengguna berbahasa Mandarin di Malaysia itu menimbulkan tanda tanya apakah sentimen islamofobik berkait kehancuran dan kemusnahan yang dilihat itu boleh dijadikan tiket khas mengutuk penjawat awam dan agama Islam di Malaysia?
Terdahulu, kumpulan pembebasan Palestin di Gaza iaitu Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel 7 Oktober lalu.
Kumpulan itu melancarkan serangan roket sebagai tindak balas atas penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur yang diduduki, serta peningkatan keganasan yang dilakukan peneroka haram Israel. – The Merdeka Times
Sumber: Sin Chew Daily
You must be logged in to post a comment Login