Terkini
(VIDEO) ‘Jangan bimbang. Saya Muslim, kami takkan mengapa-apakan kamu’, Pejuang Hamas minta izin makan pisang di rumah wanita Yahudi
Sebuah video wawancara seorang wanita menceritakan bagaimana dirinya dan dua anaknya dilayan dengan baik ketika berdepan dengan pejuang Hamas yang turut meminta izin untuk ‘makan sebiji pisang’ beberapa hari lalu, kini tular di media sosial.
Sebuah video wawancara seorang wanita menceritakan bagaimana dirinya dan dua anaknya dilayan dengan baik ketika berdepan dengan pejuang Hamas yang turut meminta izin untuk ‘makan sebiji pisang’ beberapa hari lalu, kini tular di media sosial.
Malah ayat pertama keluar dari pejuang Palestin itu kepada wanita Yahudi itu ialah, “Jangan bimbang. Saya Muslim, kami takkan mengapa-apakan kamu”.
Perkongsian itu berlaku apabila wanita Yahudi itu diwawancara pemberita dalam bahasa Ibrani iaitu stesen TV berita Israel saluran 12 (N12).
Wanita itu memberi gambaran penuh perbuatan dan tindakan pejuang Hamas yang datang bertandang ke rumahnya sehingga mereka akhirnya beredar dari rumahnya dengan baik.
Sebaik sahaja kumpulan penentang Hamas itu memasuki rumah wanita itu, mereka saling bertutur dalam bahasa Inggeris.
Kumpulan pejuang lelaki Palestin itu turut memaklumkan kepada wanita itu bahawa mereka beragama Islam dan wanita tersebut serta anaknya tidak akan diapa-apakan.
Walaupun terkejut dengan kehadiran pejuang Palestin, wanita itu tidak menafikan sedikit lega setelah mendengar kenyataan kumpulan pejuang terbabit yang tidak dinyatakan jumlahnya itu.
Di akhir video, wanita Yahudi itu sedikit tertawa dengan tindakan sopan kumpulan penentang yang bertindak meminta izinnya terlebih dahulu sebelum memakan sebiji pisang berada di atas meja di rumahnya itu.
Video tular ini memberikan gambaran berbeza tentang akhlak pejuang Palestin jika dibandingkan dengan tindakan tentera rejim dalam konflik Palestin-Israel yang memuncak sejak 7 Oktober lalu.
Media barat dilihat terus menjadikan konflik menarik perhatian dunia itu sebagai propaganda berat sebelah dan anti-Islam dan kemanusiaan, antara lain menuduh pejuang Palestin kejam zalim dengan memenggal kepala bayi berdasarkan laporan sebuah media sebelum ini.
Semakan The Merdeka Times mendapati laporan itu tidak dapat disahkan tentera Israel, malah wartawan wanita terbabit dikatakan tidak melihat mayat berkenaan, sebaliknya mendakwa melaporkan apa dia dengar dari anggota tentera rejim di Kfar Aza berdekatan sempadan Israel-Gaza, tanpa pengesahan. – The Merdeka Times
Sumber: X – DOAM
View this post on Instagram
You must be logged in to post a comment Login