Connect with us

Antarabangsa

Konflik Palestin-Israel: Tujuh wartawan Palestin dilaporkan terbunuh

Tujuh wartawan Palestin dilaporkan terkorban sejak bermula serangan ke atas Gaza membabitkan peperangan di antara Hamas dan negara haram Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Konflik Palestin-Israel: Tujuh wartawan Palestin dilaporkan terbunuh
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tujuh wartawan Palestin dilaporkan terkorban sejak bermula serangan ke atas Gaza membabitkan peperangan di antara Hamas dan negara haram Israel.
  • Grup Telegram media Hadis Palestin memetik Hassan Asleh berkata, lebih 10 wartawan tercedera dengan keparahan yang tidak sama. 
  • “Mereka (terkorban) adalah Ibrahim Lafi, Muhammad Jarghoun, Muhammad Al-Salehi, As’ad Shamlakh, Said Al-Taweel, Muhammad Sabah Abu Razek, Hisham Al-Nawajeh,” kata laporan Telegram itu.
  • Dilaporkan juga sehingga kini komunikasi dengan dua orang wartawan, Nidal Al-Wahidi dan Haitham Abdul Wahed masih terputus.
  • Kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel awal Sabtu lalu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.
  • Sebagai tindakan balas, tentera Israel melancarkan ‘Operation Swords of Iron’ terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.

KUALA LUMPUR — Tujuh wartawan Palestin dilaporkan terkorban sejak bermula serangan ke atas Gaza membabitkan peperangan di antara Hamas dan negara haram Israel.

Grup Telegram media Hadis Palestin memetik Hassan Asleh berkata, lebih 10 wartawan tercedera dengan keparahan yang tidak sama. 

“Pejabat Komunikasi Kerajaan (Palestin) memaklumkan terdapat tujuh wartawan terkorban sejak bermulanya serangan ke atas Gaza. 

“Mereka adalah Ibrahim Lafi, Muhammad Jarghoun, Muhammad Al-Salehi, As’ad Shamlakh, Said Al-Taweel, Muhammad Sabah Abu Razek, Hisham Al-Nawajeh,” kata laporan Telegram itu.

Dilaporkan juga sehingga kini komunikasi dengan dua wartawan, Nidal Al-Wahidi dan Haitham Abdul Wahed masih terputus.

Menurut laporan Al-Qastal News, rejim Israel menyasar kelompok wartawan kerana ingin menghalang mereka daripada membuat liputan jenayah kejam terhadap orang awam di Gaza.

CPJ pada Sabtu melaporkan dua wartawan Palestin ditembak mati iaitu jurugambar Ain Media, yang berada di Erez Crossing di Semenanjung Gaza ke Israel, Ibrahim Mohammad Lafi dan wartawan Smart Media, yang berada di sebelah timur Bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza, Mohammad Jarghoun.

Kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel awal Sabtu lalu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.

Hamas berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur yang diduduki serta peningkatan keganasan peneroka haram Israel.

Sebagai tindakan balas, tentera Israel melancarkan ‘Operation Swords of Iron’ terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 900 warga Israel terbunuh dan lebih 2,600 cedera dalam pertempuran itu, demikian menurut Kementerian Kesihatan Israel. — The Merdeka Times

Sumber : Telegram Hadis Palestin, Committee to protect journalists (CPJ), AlQastal News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *