Connect with us

Terkini

Usah gembira dengan musibah orang lain – Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) telah menulis di Facebooknya tentang suatu nasihat dan pesanan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Usah gembira dengan musibah orang lain – Mat Sabu
Foto: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu).
  • Dipetik dari Facebook Mohamad Sabu, Presiden AMANAH.
  • Kita tidak seharusnya berasa gembira apabila sesuatu musibah menimpa seseorang.
  • Ia dipercayai berkaitan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Mat Sabu mengingatkan supaya musibah yang menimpa seseorang dijadikan sebagai panduan dan pedoman.
  • Supaya tiada siapa yang mengulangi kesilapan tersebut.
  • Beliau mengajak rakyat Malaysia membina negara yang lebih baik dan berterusan membanteras rasuah.
  • Pesanannya supaya semua tidak bersikap angkuh dan sombong namun hendaklah beristighfar kepada Allah SWT.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) telah menulis di Facebooknya tentang suatu nasihat dan pesanan.

Ia dipercayai berkaitan hukuman yang dijatuhkan terhadap Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Ketika ini viral di semua media sosial tentang pelbagai mesej yang ditujukan terhadap Bekas Perdana Menteri itu, sebaliknya Mat Sabu menyampaikan nasihat dan pesanan kepada semua masyarakat supaya tidak seharusnya berasa gembira apabila sesuatu musibah menimpa seseorang.

Dipetik dari Facebook Mohamad Sabu,

“Kita tidak seharusnya berasa gembira apabila sesuatu musibah menimpa ke atas seseorang.

Sebaliknya kita hendaklah menjadikan ianya sebagai suatu panduan dan pedoman, supaya kita yang masih berada di luar dan bebas ini, tidak mengulangi kesilapan.

Samada jenayah dalam bentuk peribadi atau jenayah yang melibatkan negara.

Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah berazam terus untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan, agar Malaysia menjadi negara yang makmur, aman dan berintegriti, sekarang dan pada masa yang akan datang.

Jadikan segala bentuk musibah yang menimpa kepada orang lain sebagai suatu pengajaran kepada kita semua.

Jangan kita bersikap angkuh dan sombong. Sebaliknya semua kita hendaklah beristighfar kepada Allah SWT.

Kita berusaha dan mendoakan supaya negara Malaysia dan rakyatnya berada di dalam keadaan aman, damai, berintegriti dan keadilan sosial dapat ditegakkan sebaik mungkin pada masa yang akan datang.” 

Sumber : Facebook Mohamad Sabu

Author