Antarabangsa
Korban gempa bumi di barat Afghanistan mencecah 4,000 mangsa
Mangsa gempa bumi terkorban dan cedera di barat laut Afghanistan minggu lalu direkodkan mencecah melebihi 4,000 orang, kata pegawai rasmi pengurusan bencana Ahad lalu.
- Mangsa gempa bumi terkorban dan cedera di barat laut Afghanistan minggu lalu direkodkan mencecah melebihi 4,000 orang, kata pegawai rasmi pengurusan bencana Ahad lalu.
- Jurucakap Kementerian Pengurusan Bencana Emeriyah Islam Afghanistan (IEA), Mullah Janan Saiq mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kabul.
- Beliau memaklumkan kira-kira 2,000 rumah dari 20 kampung daerah Zinda Jan dan Ghorian musnah dalam gempa bumi itu.
- Janan Saiq berkata kementerian sedang bertungkus lumus mendapatkan angka “tepat” mereka yang terkorban dan cedera dalam masa sama penyelamat berusaha mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.
Mangsa gempa bumi terkorban dan cedera di barat laut Afghanistan minggu lalu direkodkan mencecah melebihi 4,000 orang, kata pegawai rasmi pengurusan bencana Ahad lalu.
Jurucakap Kementerian Pengurusan Bencana Emeriyah Islam Afghanistan (IEA), Mullah Janan Saiq mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kabul.
Beliau memaklumkan kira-kira 2,000 rumah dari 20 kampung daerah Zinda Jan dan Ghorian musnah dalam gempa bumi itu.
Janan Saiq berkata kementerian sedang bertungkus lumus mendapatkan angka “tepat” mereka yang terkorban dan cedera dalam masa sama penyelamat berusaha mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.
Beliau menyeru masyarakat antarabangsa membantu Kabul menangani kerosakan disebabkan gempa bumi itu.
Pada Sabtu lalu, gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan dua daerah di barat laut wilayah Herat yang terletak berhampiran sempadan Afghanistan-Iran.
Sumber: Anadolu Ajansi