Antarabangsa
(VIDEO) Guru diserang aktivis pelampau Hindu kerana promosi toleransi agama
Seorang guru di Ahmedabad, India, diserang sekumpulan aktivis pelampau Hindu di sekolahnya kerana didakwa menganjurkan acara mempromosi sikap toleransi agama.
Seorang guru di Ahmedabad, India, diserang sekumpulan aktivis pelampau Hindu di sekolahnya kerana didakwa menganjurkan acara mempromosi sikap toleransi agama.
Pada 3 Oktober lalu, aktivis kumpulan sayap kanan Hindu mengadakan protes dengan mencekup dan memukul guru malang itu di pekarangan sekolah terbabit.
Susulan insiden itu, kerajaan negeri Gujarat mengarahkan penyiasatan dilakukan setelah pelajar-pelajar di sebuah sekolah persendirian didakwa disuruh mengerjakan namaz (sembahyang) amalan kebanyakan agama.
Pengetua sekolah memaklumkan acara itu dianjurkan bagi mengalu-alukan kedatangan pelajar Muslim yang memasuki sekolah tersebut di bawah satu program pendidikan.
Berikutan perkara itu, sekolah membuat permohonan maaf dan menjelaskan tiada pelajar dipaksa untuk melakukan namaz tetapi apa yang ditonjolkan adalah latihan supaya pelajar-pelajar mengenali jenis-jenis sembahyang agama lain.
Sekolah itu turut bertindak memadamkan video acara yang sebelum ini dimuat naik di halaman Facebook sekolah.
Ahli Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (Persatuan Pelajar Nasionalis Hindutva ABVP), Bajrang Dal (Persatuan Belia Nasionalis Hindutva BD) dan pertubuhan sayap kanan lain yang mengadakan protes di sekolah terbabit menegaskan kejadian itu tidak boleh dibenarkan.
Anggota pertubuhan dan ibu bapa yang menyertai tunjuk perasaan itu dilaporkan membelasah guru yang bermain alat muzik ketika pelajar-pelajar itu mempamerkan jenis-jenis sembahyang berlainan agama berdasarkan video rakaman acara itu.
Sumber: Instagram – Al Jazeera, The Hindu
View this post on Instagram