Connect with us

Antarabangsa

Tanggalkan tudung pekerja Muslim, Penolong pengurus restoran disaman

Penolong pengurus restoran Chipotle di Kansas, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bertindak menanggalkan tudung salah seorang pekerja restoran itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tanggalkan tudung pekerja Muslim, Penolong pengurus restoran disaman
Foto: Mangsa, Areej Saifan.
  • Penolong pengurus restoran Chipotle di Kansas, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bertindak menanggalkan tudung salah seorang pekerja restoran itu.
  • Perkara yang diketahui melalui tuntutan mahkamah persekutuan itu turut dikomen pegawai kerajaan yang menyifatkan tuduhan gangguan agama itu sebagai sesuatu yang “agak keterlaluan”.
  • Tertuduh, Kevin Silva Garcia itu bertindak menyerang pekerja Muslimnya, Areej Saifan, beberapa kali pada 2021 dengan permintaan untuk melihat rambutnya.
  • Perkara itu dilaporkan dalam tuntutan mahkamah difailkan pada Rabu lalu oleh Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Sama.
  • Menurut aduan difailkan, Areej yang berumur 19 tahun pada ketika itu merasakan menanggalkan tudung itu sama seperti disuruh menanggalkan pakaiannya.

Penolong pengurus restoran Chipotle di Kansas, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bertindak menanggalkan tudung salah seorang pekerja restoran itu.

Perkara yang diketahui melalui tuntutan mahkamah persekutuan itu turut dikomen pegawai kerajaan yang menyifatkan tuduhan gangguan agama itu sebagai sesuatu yang “agak keterlaluan”.

Tertuduh, Kevin Silva Garcia itu bertindak menyerang pekerja Muslimnya, Areej Saifan, beberapa kali pada 2021 dengan permintaan untuk melihat rambutnya.

Perkara itu dilaporkan dalam tuntutan mahkamah difailkan pada Rabu lalu oleh Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Sama.

Menurut aduan difailkan, Areej yang berumur 19 tahun pada ketika itu merasakan menanggalkan tudung itu sama seperti disuruh menanggalkan pakaiannya.

Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan tertuduh tetap berkeras sehingga dia mencapai tudung pekerja wanita Muslim itu lalu ‘menyentapnya’.

Tindakan itu menyebabkan tudungnya tersingkap hingga menampakkan rambutnya, menyebabkan hanya pin-pin yang digunakan, tinggal bagi menahan tudung tersebut supaya tidak terjatuh ke atas lantai.

Aduan itu turut menyimpulkan tindakan Garcia di restoran cawangan Lenexa di Kansas itu “mewujudkan suasana kerja saling bermusuhan disebabkan agama”.

Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah Kansas AS, memetik berkenaan gangguan menyalahi undang-undang, tindakan balas dan pelepasan konstruktif, satu keadaan di mana majikan mewujudkan persekitaran yang tidak dapat diterima sehingga pekerja terpaksa meletakkan jawatan.

Sumber: The New York Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *