Connect with us

Terkini

Malaysia minta negara pengeksport beras dalam ASEAN utamakan anggota

Malaysia berharap negara pengeksport utama beras dalam ASEAN, dapat mengutamakan bekalan makanan ruji itu kepada negara anggotanya. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia minta negara pengeksport beras dalam ASEAN utamakan anggota
Foto: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.
  • Malaysia berharap negara pengeksport utama beras dalam ASEAN, dapat mengutamakan bekalan makanan ruji itu kepada negara anggotanya. 
  • Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, berkata saranan itu akan dibawa Malaysia dalam sesi perbincangan dua hala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 hari ini. 
  • “Mungkin pada sesi bilateral, akan dibangkitkan seperti kita mahu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara supaya meletakkan keutamaan eksport beras kepada negara anggota ASEAN.
  • “Itu kita akan buat pada sesi bilateral. Dia bukan secara umumnya, kerana bukan semua negara ASEAN ada beras,” katanya ditemui media selepas merasmikan AMAF ke-45 di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap negara pengeksport utama beras dalam ASEAN, dapat mengutamakan bekalan makanan ruji itu kepada negara anggotanya. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, berkata saranan itu akan dibawa Malaysia dalam sesi perbincangan dua hala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 hari ini. 

“Mungkin pada sesi bilateral, akan dibangkitkan seperti kita mahu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara supaya meletakkan keutamaan eksport beras kepada negara anggota ASEAN.

“Itu kita akan buat pada sesi bilateral. Dia bukan secara umumnya, kerana bukan semua negara ASEAN ada beras,” katanya ditemui media selepas merasmikan AMAF ke-45 di sini hari ini.

Foto: Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45.

Sesi perbincangan dua hala Malaysia dan anggota ASEAN dijadual berlangsung petang ini, dengan Malaysia diketuai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Selain Jepun, sesi perbincangan dua hala itu akan diadakan bersama dengan Thailand serta Institut Kajian Ekonomi untuk ASEAN.

Thailand dan Vietnam adalah antara pengeluar beras utama ASEAN ketika ini. 

Sementara itu, ditanya isu tular berkaitan rungutan petani kononnya harga padi menurun sejak 63 tahun, Foong Hin berkata, dakwaan itu akan diteliti dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini. 

“Pagi ini menteri sedang dalam mesyuarat Kabinet. Memang ada perbincangan tentang isu beras,” katanya. 

Mengulas mengenai Task Force Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih (OP BPT), beliau berkata, operasi oleh agensi terlibat nanti akan dilakukan secara tertutup. 

“Kelmarin kita baru adakan mesyuarat yang pertama untuk muktamadkan (gerak kerja) taskforce ini untuk operasi bersepadu beras putih tempatan. 

“Ini operasi bila-bila masa saja akan bermula. Sekarang apa yang kita buat bukan lawatan. Apa yang akan kita lakukan adalah secara tertutup,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *