Connect with us

Terkini

‘Isu beras takkan selesai dalam waktu terdekat’ – Ali Mydin

Isu kekurangan stok beras putih tempatan di pasaran didakwa tidak akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat jika kerajaan hanya bergantung kepada Jualan Rahmah Beras tanpa memikirkan penyelesaian holistik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Isu beras takkan selesai dalam waktu terdekat’ - Ali Mydin
Foto: Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin.
  • Isu kekurangan stok beras putih tempatan tidak akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat jika kerajaan hanya bergantung kepada Jualan Rahmah Beras tanpa memikirkan penyelesaian holistik.
  • Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, walaupun kerajaan memberi jaminan bekalan beras di pasaran akan kembali stabil minggu ini, hakikatnya ia hanya langkah keluar jangka pendek.
  • “Kalau menteri kata dalam satu dua bulan ini akan selesai (beras subsidi) saya rasa tidak. Sebabnya jalan penyelesaian dilakukan tidak holistik kerana akhirnya kerajaan masih beri subsidi.
  • “Pembelian panik itu tak ada (cuma) kadang-kadang pengguna kalau dulu beli sekampit, kini beli dua, dulu dua sekarang tiga sebab takut harga beras akan naik itu sahaja,” katanya.

MELAKA – Isu kekurangan stok beras putih tempatan di pasaran didakwa tidak akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat jika kerajaan hanya bergantung kepada Jualan Rahmah Beras tanpa memikirkan penyelesaian holistik.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, walaupun kerajaan memberi jaminan bekalan beras di pasaran akan kembali stabil minggu ini, hakikatnya ia hanya langkah keluar jangka pendek.

“Kalau menteri kata dalam satu dua bulan ini akan selesai (beras subsidi) saya rasa tidak. Sebabnya jalan penyelesaian dilakukan tidak holistik kerana akhirnya kerajaan masih beri subsidi.

“Pembelian panik itu tak ada (cuma) kadang-kadang pengguna kalau dulu beli sekampit, kini beli dua, dulu dua sekarang tiga sebab takut harga beras akan naik itu sahaja,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Mydin berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian pembukaan Emas Fazil Group di Pasar Raya Mydin MITC, Ayer Keroh di sini semalam.

Ameer Ali berkata demikian ketika diminta mengulas jaminan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin hari ini mengenai stok beras putih tempatan akan kembali stabil pada minggu ini berbanding minggu lalu.

Keadaan positif itu katanya, susulan kurangnya pembelian panik oleh pengguna dan peniaga.

Mengulas lanjut beliau berkata, langkah kerajaan mengadakan skim Jualan Rahmah Beras pula hanyalah sekadar penyelesaian jangka pendek.

Ini kerana, jualan itu pula diadakan cuma sebulan sekali mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), itu pun bukan semua orang dapat datang pada satu hari jualan sahaja.

“Untuk langkah jangka panjang, kerajaan kena ada ada political will (kehendak politik) kerana ini bukan isu (subsidi) beras semata-mata tapi minyak masak, gula dan telur ayam,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *