Connect with us

Antarabangsa

Larangan memakai ‘abaya’ sah di sekolah – Mahkamah Tertinggi Perancis

Mahkamah tertinggi Perancis, Majlis Negara pada Isnin menolak rayuan mereka yang menentang larangan pemakaian ‘abaya’ oleh Kerajaan Perancis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Larangan memakai 'abaya' sah di sekolah – Mahkamah Tertinggi Perancis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah tertinggi Perancis, Majlis Negara pada Isnin menolak rayuan mereka yang menentang larangan pemakaian ‘abaya’ oleh Kerajaan Perancis.
  • Mahkamah itu menyatakan larangan Kerajaan Perancis terhadap abaya, iaitu jubah longgar dan labuh yang dipakai wanita Muslim, adalah sah di sisi undang-undang.
  • Di bawah larangan itu, wanita termasuk pelajar, dilarang memakai pakaian itu di sekolah, sekaligus mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di Perancis.
  • Keputusan Majlis Negara itu dibuat ketika ramai menyatakan kekecewaan dan kejutan, termasuk tiga kesatuan institusi pendidikan Perancis yang memfailkan rayuan terhadap keputusan pengharaman pakaian itu.
  • Mahkamah tetap menolak rayuan dikemukakan Sud Education Paris, La Voix Lyceenne, dan Le Poing Leve Lycee, yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap larangan abaya itu.

Rabat – Mahkamah tertinggi Perancis, Majlis Negara pada Isnin menolak rayuan mereka yang menentang larangan pemakaian ‘abaya’ oleh Kerajaan Perancis.

Morocco World News melaporkan mahkamah itu menyatakan larangan Kerajaan Perancis terhadap abaya, iaitu jubah longgar dan labuh yang dipakai wanita Muslim, adalah sah di sisi undang-undang.

Di bawah larangan itu, wanita termasuk pelajar, dilarang memakai pakaian itu di sekolah, sekaligus mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di Perancis.

Keputusan Majlis Negara itu dibuat ketika ramai menyatakan kekecewaan dan kejutan, termasuk tiga kesatuan institusi pendidikan Perancis yang memfailkan rayuan terhadap keputusan pengharaman pakaian itu.

Bagaimanapun, mahkamah tetap menolak rayuan dikemukakan Sud Education Paris, La Voix Lyceenne, dan Le Poing Leve Lycee, yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap larangan abaya itu.

Vincent Brengarth, seorang peguam bagi Muslim Rights Action, juga mengemukakan rayuan kepada Majlis Negara bulan lalu untuk menamatkan larangan abaya.

Majlis Negara menolak rayuan itu sambil mendakwa pengharaman itu tidak memberi sebarang kemudaratan serius, selain mendakwa tiada kesalahan jelas di sisi undang-undang penghormatan hak kehidupan peribadi, kebebasan beragama, dan hak mendapat pendidikan.

Perancis mempertahankan keputusan itu dengan mendakwa bahawa “mengekalkan sekularisme” dalam pendidikan adalah satu keperluan.

Sumber: Morocco World News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *