Connect with us

Terkini

Tiada caj dikenakan peniaga guna DuitNow QR ketika ini – Maybank

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

Published

on

Tiada caj dikenakan peniaga guna DuitNow QR ketika ini – Maybank
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini,” – Maybank

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

“Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peniaga dengan lebih awal, kata bank tersebut.

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), yang mengendalikan kod DuitNow QR, baru-baru ini menjelaskan bahawa penepian bagi caj kadar diskaun pedagang (MDR) selama empat tahun ke atas peniaga akan tamat tempoh pada 1 Nov 2023.

Buat masa ini, pembayaran kad debit dan kredit adalah tertakluk kepada MDR.

Sumber: BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author