Connect with us

Antarabangsa

Iklan tampilkan pemain Muslimah berhijab cetus kemarahan puak sayap kanan Perancis

Sebuah iklan memaparkan pemain bolasepak Muslimah berhijab, keluaran perniagaan kosmetik multinasional Sephora, mencetuskan kemarahan kumpulan sayap kanan Perancis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Iklan tampilkan pemain Muslimah berhijab cetus kemarahan puak sayap kanan Perancis
Foto: Kumpulan advokasi hak pemakaian, Les Hijabeuses.
  • Sebuah iklan memaparkan pemain bolasepak Muslimah berhijab, keluaran perniagaan kosmetik multinasional Sephora, mencetuskan kemarahan kumpulan sayap kanan Perancis.
  • Video promosi itu memaparkan temu bual dengan ahli Les Hijabeuses, sebuah kumpulan advokasi hak pemakaian tudung di padang, dan rakaman rutin harian mereka.
  • “Wanita-wanita ini menyokong peningkatan diri, semangat berpasukan, semangat juang, serta keterangkuman. Kami mengikuti (mereka) dari rutin kecantikan mereka sehingga ke padang bola,” demikian tulisan kapsyen video itu dalam bahasa Perancis.
  • Beberapa pengguna media sosial dan ahli politik berhaluan kanan menyeru Sephora diboikot dan menuduh perusahaan itu mempromosikan “pengislaman Perancis”.

Sebuah iklan memaparkan pemain bolasepak Muslimah berhijab, keluaran perniagaan kosmetik multinasional Sephora, mencetuskan kemarahan kumpulan sayap kanan Perancis.

Video promosi itu memaparkan temu bual dengan ahli Les Hijabeuses, sebuah kumpulan advokasi hak pemakaian tudung di padang, dan rakaman rutin harian mereka. 

“Wanita-wanita ini menyokong peningkatan diri, semangat berpasukan, semangat juang, serta keterangkuman. Kami mengikuti (mereka) dari rutin kecantikan mereka sehingga ke padang bola,” demikian tulisan kapsyen video itu dalam bahasa Perancis.

Beberapa pengguna media sosial dan ahli politik berhaluan kanan menyeru Sephora diboikot dan menuduh perusahaan itu mempromosikan “pengislaman Perancis”.

Sephora mempromosikan tudung walaupun ia dilarang dalam sukan. Sungguh memalukan!,” demikian ciapan Timbalan Perhimpunan Kebangsaan Perancis, Nicolas Dupont-Aignan di platform media sosial X.

Perancis yang merupakan tempat tinggal populasi terbesar umat Islam dalam Kesatuan Eropah (EU) menetapkan larangan pemakaian hijab dalam perlawanan  dan pertandingan rasmi Persekutuan Bola Sepak Perancis.

Polisi itu juga bukan sesuatu yang sepi dari kritikan apabila aktivis pejuang hak wanita turut menyifatkannya bersifat perkauman, diskriminasi dan penghalang kesaksamaan jantina dalam sukan.

Les Hijabeuses dilancarkan pada 2020 oleh sebuah kumpulan keadilan sosial, Citizen Alliance, berusaha membatalkan larangan itu selain turut mengadakan perlawanan awam sebagai sebahagian usaha advokasi mereka.

Sumber: Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *