Connect with us

Terkini

Sami warga asing ditahan disyaki rogol wanita tempatan

Seorang sami warga asing ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, di sini, Ogos lalu. 

Published

on

Sami warga asing ditahan disyaki rogol wanita tempatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang sami warga asing ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, di sini, Ogos lalu.
  • “Suspek direman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.” – Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Izuddin Ab Wahab 

SERDANG: Seorang sami warga asing ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, di sini, Ogos lalu. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Izuddin Ab Wahab, berkata suspek berusia lingkungan 40-an ditahan di Puchong Jaya, Selangor pada 23 September lalu.

“Suspek direman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, hanya seorang wanita berusia 30-an yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual suspek membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Polis Daerah Serdang, melaporkan sedang memburu suspek kes itu selepas mangsa membuat laporan.

Izuddin dilaporkan berkata, mangsa dirakam keterangan dan polis juga sedang mengesan saksi yang terbabit untuk membantu siasatan.

Sumber : Berita Harian

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author