Terkini
Jangan normalisasi perlakuan berunsur gangguan seksual – Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata tindakan menormalisasi perilaku yang mempunyai unsur gangguan seksual seharusnya tidak boleh berlaku dalam masyarakat.
- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata tindakan menormalisasi perilaku yang mempunyai unsur gangguan seksual seharusnya tidak boleh berlaku dalam masyarakat.
- Beliau berkata, tiada ruang langsung wajar diberikan kepada gangguan seksual, sama ada secara terang-terangan atau jenaka.
- “Sesetengah pelaku mungkin menganggap tindakan mereka sebagai jenaka yang tidak berbahaya atau salah faham. Normalisasi pelakuan ini seharusnya tidak boleh berlaku.
- “Isu gangguan seksual bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, sangat penting dan mustahak untuk kita menguar-uarkan serta teruskan perbincangan isu ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Jerayawara Kasih KPWKM Advokasi Anti Gangguan Seksual Kota Kinabalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata tindakan menormalisasi perilaku yang mempunyai unsur gangguan seksual seharusnya tidak boleh berlaku dalam masyarakat.
Beliau berkata, tiada ruang langsung wajar diberikan kepada gangguan seksual, sama ada secara terang-terangan atau jenaka.
“Sesetengah pelaku mungkin menganggap tindakan mereka sebagai jenaka yang tidak berbahaya atau salah faham. Normalisasi pelakuan ini seharusnya tidak boleh berlaku.
“Isu gangguan seksual bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, sangat penting dan mustahak untuk kita menguar-uarkan serta teruskan perbincangan isu ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jerayawara Kasih KPWKM Advokasi Anti Gangguan Seksual Kota Kinabalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.
Nancy berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes gangguan seksual meningkat dari 378 kes pada tahun 2020 kepada 506 kes pada 2021.
Bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan pada 2022 iaitu kepada 477 kes membabitkan jantina lelaki dan wanita.
Katanya, majoriti mangsa adalah wanita iaitu sebanyak 354 kes pada 2020 dan 446 kes tahun lepas manakala 416 kes pada 2022.
“Kes gangguan seksual yang membabitkan kanak-kanak juga membimbangkan iaitu berjumlah 35 kes pada tahun 2022 di seluruh negara,” katanya.
Bercakap kepada pemberita, Nancy berkata, KPWKM sentiasa mengikuti perkembangan berkaitan tahap kesedaran gangguan seksual dalam kalangan rakyat bersama pihak berkaitan, khususnya polis dan juga agensi di bawah kementeriannya.
Katanya, ia juga harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan keberkesanan setiap program dilaksanakan pihaknya memberi impak di samping membuat penambahbaikan yang perlu dilakukan.
Sumber: Berita Harian