Antarabangsa
PBB promosi matlamat SDG atau LGBTQ? – Erdogan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Khamis mengadu tidak selesa dengan penggunaan warna disifatkannya sebagai “warna LGBT” yang digunakan dalam dekorasi mempromosi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Khamis mengadu tidak selesa dengan penggunaan warna disifatkannya sebagai “warna LGBT” yang digunakan dalam dekorasi mempromosi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- Media Turkiye yang dipetik agensi berita Reuters melaporkan Erdogan berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
- “Berapa ramai LGBT yang ada di dunia ketika ini? Sebanyak mana pun hak mereka, golongan menentang LGBT juga mempunyai hak yang sama,” kata Erdogan dipetik badan penyiaran Turkiye, Haberturk dan media tempatan lain.
- Kerajaan Turkiye dan Parti AK pimpinan Erdogan dikenali dengan pendirian tegasnya menentang kelompok songsang LGBTQ yang disifatkannya sebagai menyimpang dari fitrah manusia.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Khamis mengadu tidak selesa dengan penggunaan warna disifatkannya sebagai “warna LGBT” yang digunakan dalam dekorasi mempromosi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Media Turkiye yang dipetik agensi berita Reuters melaporkan Erdogan berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Kerajaan Turkiye dan Parti AK pimpinan Erdogan dikenali dengan pendirian tegasnya menentang kelompok songsang LGBTQ.
“Salah satu isu yang paling mengganggu saya… ialah apabila memasuki Perhimpunan Agung PBB, kita melihat warna-warna LGBT di tangga dan tempat-tempat lain,” kata Erdogan dipetik badan penyiaran Turkiye, Haberturk dan media tempatan lain.
“Berapa ramai LGBT yang ada di dunia ketika ini? Sebanyak mana pun hak mereka, golongan menentang LGBT juga mempunyai hak yang sama,” kata Erdogan yang menyifatkan LGBT sebagai kelompok yang menyimpang dari fitrah manusia.
Guterres bagaimanapun merupakan penyokong yang lantang menyuarakan hak kelompok LGBTQ.
Setakat ini, jurucakap bagi Setiausaha Agung PBB itu tidak memberikan sebarang respon kepada kenyataan Erdogan.
Beberapa diplomat PBB berkata Presiden Turkiye itu berkemungkinan keliru dengan 17 warna dikaitkan dengan SDG berbanding warna pelangi Pride kelompok LGBTQ.
Sumber: Daily Mail