Antarabangsa
Sekatan Israel halang akses penjagaan kesihatan Palestin – Bank Dunia
Sekatan Israel dan tekanan kewangan yang meningkat di wilayah Palestin memberi kesan serius terhadap keadaan ekonomi penduduk Palestin dan menghalang akses untuk mendapatkan rawatan kesihatan, kata Bank Dunia pada Isnin.

- Sekatan Israel dan tekanan kewangan yang meningkat di wilayah Palestin memberi kesan serius terhadap keadaan ekonomi penduduk Palestin dan menghalang akses untuk mendapatkan rawatan kesihatan, kata Bank Dunia pada Isnin.
- Dalam laporan bertajuk “Racing Against Time,” Bank Dunia menyatakan secara keseluruhan ekonomi Palestin menunjukkan prestasi di bawah potensi dengan pendapatan per kapita dijangka terbantut.
- “Sekatan kewangan sangat membebankan sistem kesihatan Palestin terutama dalam menangani penyakit tidak berjangkit,” kata Pengarah Bank Dunia Tebing Barat dan Gaza, Stefan Emblad, dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama laporan tersebut.
- Ribuan rakyat Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza melintasi Israel setiap tahun untuk mendapatkan rawatan perubatan yang tidak tersedia di wilayah Palestin yang dijajah rejim Israel.
JERUSALEM – Sekatan Israel dan tekanan kewangan yang meningkat di wilayah Palestin memberi kesan serius terhadap keadaan ekonomi penduduk Palestin dan menghalang akses untuk mendapatkan rawatan kesihatan, kata Bank Dunia pada Isnin.
Dalam laporan bertajuk “Racing Against Time,” Bank Dunia menyatakan secara keseluruhan ekonomi Palestin menunjukkan prestasi di bawah potensi dengan pendapatan per kapita dijangka terbantut.
Kemiskinan di wilayah Palestin semakin meningkat, satu daripada empat rakyat Palestin berada di bawah garis kemiskinan, kata pemberi pinjaman global berpangkalan di Washington itu dipetik Arab News.
Sekatan Israel terhadap pergerakan dan perdagangan di Tebing Barat, sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza dan jurang pemisah antara dua wilayah Palestin antara faktor yang meletakkan ekonomi Palestin pada risiko tinggi, kata laporan itu.
“Sekatan kewangan sangat membebankan sistem kesihatan Palestin terutama dalam menangani penyakit tidak berjangkit,” kata Pengarah Bank Dunia Tebing Barat dan Gaza, Stefan Emblad, dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama laporan tersebut.
Akses perubatan luar untuk rawatan kanser, penyakit jantung dan keadaan ibu dan anak terjejas dengan ketara disebabkan sekatan fizikal dan pentadbiran, kata kenyataan itu.
“Keadaan ini sangat kritikal di Gaza yang mengalami kapasiti sistem kesihatan terhad, di mana pesakit perlu mendapatkan permohonan permit keluar perubatan dengan cepat,” katanya.
Hasil penyelidikan mendapati sekatan terhadap Gaza memberikan kesan kepada angka kematian kerana sesetengah pesakit meninggal sebelum permit diluluskan.
Ribuan rakyat Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza melintasi Israel setiap tahun untuk mendapatkan rawatan perubatan yang tidak tersedia di wilayah Palestin yang dijajah rejim Israel.
Sumber: Arab News

You must be logged in to post a comment Login