Connect with us

Terkini

‘Ini Kerajaan NATO, No Action Talk Only’ – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyifatkan Kerajaan Madani diterajui Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sebagai ‘Kerajaan NATO atau No Action Talk Only’. 

Wartawan TMT

Published

on

Ini Kerajaan NATO, No Action Talk Only – Syed Saddiq
Foto: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyifatkan Kerajaan Madani diterajui Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sebagai ‘Kerajaan NATO atau No Action Talk Only.’
  • Syed Saddiq yang juga Presiden MUDA berkata, Kerajaan Madani bukanlah kerajaan ‘walk the talk’  atau kerajaan yang melaksanakan apa diperkatakan atau dijanjikan kepada rakyat sepertimana didakwa Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat.
  • “Tidak perlu bicarakan soal reformasi baru seperti pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Pada bulan Mac, YAB Perdana Menteri sendiri telah menjanjikan bahawa setiap parlimen tanpa mengira sama ada kerajaan atau pembangkang akan mendapat peruntukan yang sama. Tetapi hari ini, kawasan ahli parlimen kerajaan mendapat RM3.8 juta hingga RM4.5 juta, manakala kawasan pembangkang mendapat kosong Ringgit Malaysia. 
  • “Ini bermaksud sekolah-sekolah yang tidak diselenggara di kawasan pembangkang akan dibiarkan, ia bermaksud orang-orang susah yang mendaftar di bawah sistem e-Kasih tidak akan dapat pembelaan yang sewajarnya kerana lazimnya mereka memerlukan bantuan dari parlimen yang sedia ada. Hanya kerana berbeza warna politik, orang-orang susah di kawasan tersebut yang bakal diseksa dan diambil tindakan,” kata Syed Saddiq dalam kenyataan media reaksi kepada ucapan menteri undang-undang di Dewan Rakyat di sini hari ini.
  • Azalina dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat hari ini menyatakan bahawa “Kerajaan MADANI adalah kerajaan yang akan walk the talk” dan akan membawa pelbagai reformasi, salah satu darinya adalah pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyifatkan Kerajaan Madani diterajui Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sebagai ‘Kerajaan NATO atau No Action Talk Only.’

Syed Saddiq yang juga Presiden MUDA berkata, Kerajaan Madani bukanlah kerajaan ‘walk the talk’  atau kerajaan yang melaksanakan apa diperkatakan atau dijanjikan kepada rakyat sepertimana didakwa Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat.

Katanya, beliau melabelkan kerajaan hari ini sebagai Kerajaan NATO kerana pelbagai janji reformasi tertangguh atau kerajaan terus menangguhkan perkara itu.

“Tidak perlu bicarakan soal reformasi baru seperti pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Pada bulan Mac, YAB Perdana Menteri sendiri telah menjanjikan bahawa setiap parlimen tanpa mengira sama ada kerajaan atau pembangkang akan mendapat peruntukan yang sama. Tetapi hari ini, kawasan ahli parlimen kerajaan mendapat RM3.8 juta hingga RM4.5 juta, manakala kawasan pembangkang mendapat kosong Ringgit Malaysia. 

“Ini bermaksud sekolah-sekolah yang tidak diselenggara di kawasan pembangkang akan dibiarkan, ia bermaksud orang-orang susah yang mendaftar di bawah sistem e-Kasih tidak akan dapat pembelaan yang sewajarnya kerana lazimnya mereka memerlukan bantuan dari parlimen yang sedia ada. Hanya kerana berbeza warna politik, orang-orang susah di kawasan tersebut yang bakal diseksa dan diambil tindakan,” kata Syed Saddiq dalam kenyataan media reaksi kepada ucapan menteri undang-undang di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Azalina dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat hari ini menyatakan bahawa “Kerajaan MADANI adalah kerajaan yang akan walk the talk” dan akan membawa pelbagai reformasi, antaranya adalah pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu menjanjikan bahawa semua ahli kabinet wajib mengisytiharkan harta, namun sehingga pertengahan September, tiada lagi ahli kabinet berbuat demikian.

“Tahun lepas pula dijanjikan juga bahawa kes rasuah tidak akan digugurkan sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri, kini kita lihat kes rasuah besar terlepas begitu saja. Ini dari kata-kata beliau sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Syed Saddiq memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Peguam Negara melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 kes pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, ketika prosiding berada di peringkat bela diri.

Mengulas tentang janji-janji reformasi dan tatakelola pihak kerajaan, Syed Saddiq menegaskan beliau tidak mahu mengungkapkan perkara seperti, “hari ini kita menang, esok minyak turun harga”.

“Saya bangkitkan perkara yang berada di dalam kawalan, within your control. Perkara-perkara inilah yang saya katakan apabila mendengar perkataan “tatakelola” yang disebut berulang kali, ia merupakan penipuan,” kata Ahli Parlimen Muar itu.

Syed Saddiq menyatakan akan memberi komitmen sepenuhnya jika Kerajaan Persekutuan memerlukan undi dua pertiga majoriti di dalam Dewan Rakyat sekiranya ingin melaksanakan janji-janji reformasi. 

“Saya sarankan kerajaan jangan berselindung di sebalik alasan tidak cukup 2/3 majoriti, tidak ada kestabilan dan tidak ada sokongan politik kerana saya merasakan kerajaan ini merupakan kerajaan yang paling stabil sejak berdekad, sejak zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mendapat majoriti 147 kerusi,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending