Connect with us

Antarabangsa

Turkiye tolak ‘kebebasan berfikir’ justifikasi serangan ke atas Muslim

Turkiye tidak akan menerima justifikasi (alasan) serangan terhadap dua billion Muslim di serata dunia dengan berselindung di sebalik kebebasan berfikir, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Ahad. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Turkiye tidak akan menerima justifikasi (alasan) serangan terhadap dua billion Muslim di serata dunia dengan berselindung di sebalik kebebasan berfikir, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Ahad. 
Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Turkiye tidak akan menerima justifikasi (alasan) serangan terhadap dua billion Muslim di serata dunia dengan berselindung di sebalik kebebasan berfikir, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Ahad. 
  • “Bagi kami, tindakan ini berunsur provokasi yang bertujuan menghasut orang lain,” kata Presiden Erdogan pada majlis makan malam anjuran Turkish American National Steering Committee (Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Amerika Turkiye) di New York, Amerika Syarikat.
  • Erdogan berkata Turkiye menerajui penerimaan resolusi oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB yang melihat tindakan kekerasan menyasarkan kitab suci sebagai melanggar undang-undang antarabangsa. 
  • Presiden Turkiye itu juga memberi amaran bahawa serangan-serangan itu yang ketika ini menyasarkan orang Islam, kelak berkemungkinan diarahkan kepada kumpulan yang berbeza dari segi bahasa dan kepercayaan. 

Turkiye tidak akan menerima justifikasi (alasan) serangan terhadap dua billion Muslim di serata dunia dengan berselindung di sebalik kebebasan berfikir, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Ahad. 

“Bagi kami, tindakan ini berunsur provokasi yang bertujuan menghasut orang lain,” kata Presiden Erdogan pada majlis makan malam anjuran Turkish American National Steering Committee (Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Amerika Turkiye) di New York, Amerika Syarikat. 

Erdogan berkata Turkiye menerajui penerimaan resolusi oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB yang melihat tindakan kekerasan menyasarkan kitab suci sebagai melanggar undang-undang antarabangsa. 

“Kami akan meneruskan usaha terhadap perkara ini,” kata Presiden Turkiye itu dipetik agensi berita Anadolu.

Erdogan merujuk kepada penghinaan ke atas al-Quran baru-baru ini sambil menegaskan sekiranya permusuhan terhadap Islam tidak dihentikan, pelakunya akan menjadi lebih berani.

Presiden Turkiye itu juga memberi amaran bahawa serangan-serangan itu yang ketika ini menyasarkan orang Islam, kelak berkemungkinan diarahkan kepada kumpulan yang berbeza dari segi bahasa dan kepercayaan.  

Bercakap kepada ahli komuniti Turkiye Amerika pada majlis itu, Erdogan mengatakan terdapat kumpulan berkepentingan yang cuba meracuni hubungan Turkiye-Amerika.

“Kami akan mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan berkata benar dan mewakili Turkiye,” kata Erdogan. 

Sumber: Anadolu

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *