Connect with us

Terkini

(VIDEO) KPT didakwa sekat IPTA sertai program kerajaan negeri, EXCO Kedah tuntut penjelasan 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) didakwa melarang Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merangkumi universiti, politeknik dan kolej komuniti di Kedah daripada bekerjasama atau membenarkan pelajar IPTA terbabit daripada mengikuti mana-mana program anjuran Kerajaan Negeri Kedah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

(VIDEO) KPT didakwa sekat IPTA sertai program kerajaan negeri, EXCO Kedah tuntut penjelasan 
Foto: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah.
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) didakwa melarang Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merangkumi universiti, politeknik dan kolej komuniti di Kedah daripada bekerjasama atau membenarkan pelajar IPTA terbabit daripada mengikuti mana-mana program anjuran Kerajaan Negeri Kedah.
  • Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah menyifatkan tindakan itu sebagai merugikan dan malang buat generasi muda di negeri itu sekiranya dakwaan terbabit adalah benar.
  • Haim Hilman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra dan lebih dikenali dengan panggilan ‘Prof Hilman’, menuntut kementerian berkenaan untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.
  • “Sekiranya ini benar maka ia adalah sesuatu yang malang buat anak-anak kita, anak muda kita yang harus kita persiapkan dan perbezaan politik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, sepatutnya tidak menjadi halangan buat kita bekerjasama kerana kita bukan bercerita tentang politik kita bercerita tentang anak bangsa kita, anak muda kita yang harus dipersiapkan,” katanya dalam kenyataan video di Facebook bertajuk ‘Benarkah KPT menghalang IPTA iaitu universiti, politeknik dan kolej komuniti dari bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah?’ dimuat naik pada 13 September lalu.
  • Perbezaan politik harus diketepikan demi kelangsungan masa depan anak  muda khususnya dalam pendidikan, kata Haim Hilman yang juga bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). 

KUALA LUMPUR — Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) didakwa melarang Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merangkumi universiti, politeknik dan kolej komuniti di Kedah daripada bekerjasama atau membenarkan pelajar IPTA terbabit daripada mengikuti mana-mana program anjuran Kerajaan Negeri Kedah.

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah menyifatkan tindakan itu sebagai merugikan dan malang buat generasi muda di negeri itu sekiranya dakwaan terbabit adalah benar.

Haim Hilman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra dan lebih dikenali dengan panggilan ‘Prof Hilman’, menuntut kementerian berkenaan untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Katanya, KPT seharusnya berlapang dada bekerjasama dalam bidang pendidikan dan memberi keutamaan kepada masa depan generasi anak muda berbanding perbezaan politik.

“Baru-baru ini saya telah menjemput institusi ini (merujuk kepada IPTA) untuk bersama dalam program berkaitan dengan mahasiswa Kedah iaitu Mahasiswa Anak Kedah, namun demikian saya difahamkan institusi ini tidak dibenarkan oleh kementerian ataupun jabatan yang bertanggungjawab untuk melibatkan diri.

“Sekiranya ini benar maka ia adalah sesuatu yang malang buat anak-anak kita, anak muda kita yang harus kita persiapkan dan perbezaan politik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, sepatutnya tidak menjadi halangan buat kita bekerjasama kerana kita bukan bercerita tentang politik kita bercerita tentang anak bangsa kita, anak muda kita yang harus dipersiapkan,” katanya dalam kenyataan video di Facebook bertajuk ‘Benarkah KPT menghalang IPTA iaitu universiti, politeknik dan kolej komuniti dari bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah?’ dimuat naik pada 13 September lalu. 

Haim Hilman yang juga bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, adalah sesuatu yang merugikan apabila di saat Kerajaan Negeri Kedah bersedia dan mahu bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam agenda pembangunan sumber manusia, namun ia tidak mendapat sokongan sebaiknya daripada IPTA.

Katanya, perbezaan politik harus diketepikan demi kelangsungan masa depan anak  muda khususnya dalam pendidikan.

“Sekiranya tidak benar saya bersyukur, saya berharap KPT akan mengeluarkan kenyataan dan mengatakan universiti awam ataupun politeknik dan kolej komuniti sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Negeri walaupun ia tidak sama politik dengan pusat.

“Kita tidak cakap tentang politik di sini kita bercakap tentang masa depan anak-anak kita masa depan pendidikan bangsa kita jadi mari kita ketepikan perbezaan itu demi kelangsungan masa depan mereka.

“Saya yakin dan percaya sekiranya kita matang dalam perkara ini Malaysia akan lebih berjaya dan sejahtera,” katanya. — The Merdeka Times

 

Sumber : Facebook Haim Hilman Abdullah

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *