Antarabangsa
Bantah iklan awam anti-LGBT, sepuluh penunjuk perasaan ditahan polis Turkiye
Polis Turkiye pada Selasa menahan sepuluh individu di Izmir yang memprotes kelulusan iklan awam anti-LGBT yang diterbitkan sebuah persatuan mempromosikan nilai kekeluargaan.
- Polis Turkiye pada Selasa menahan sepuluh individu di Izmir yang memprotes kelulusan iklan awam anti-LGBT yang diterbitkan sebuah persatuan mempromosikan nilai kekeluargaan.
- Penunjuk perasaan itu merupakan ahli kumpulan pro-LGBT Renklerin Direnişi (Resistance of the Colors) yang melakukan protes di depan pejabat Majlis Tertinggi Radio dan Televisyen (RTÜK) İzmir.
- Kemarahan komuniti LGBT itu tercetus adalah apabila pihak berkuasa (lembaga) bertanggungjawab mendapati undi majoriti berpihak kepada tindakan untuk meluluskan iklan itu.
- Turkish Minute melaporkan Pejabat Gabenor İzmir mengharamkan protes pro-LGBT itu dengan alasan keselamatan awam dan berkata penunjuk perasaan bertindak “bercanggah dengan moral” sewaktu protes berkenaan.
- Iklan bertajuk “Hentikan propaganda LGBT” yang diluluskan itu diterbitkan Yayasan Keluarga İstanbul.
Polis Turkiye pada Selasa menahan sepuluh individu di Izmir yang memprotes kelulusan iklan awam anti-LGBT yang diterbitkan sebuah persatuan mempromosikan nilai kekeluargaan.
Penunjuk perasaan itu merupakan ahli kumpulan pro-LGBT Renklerin Direnişi (Resistance of the Colors) yang melakukan protes di depan pejabat Majlis Tertinggi Radio dan Televisyen (RTÜK) İzmir.
Kemarahan komuniti LGBT itu tercetus adalah apabila pihak berkuasa (lembaga) bertanggungjawab mendapati undi majoriti berpihak kepada tindakan untuk meluluskan iklan itu.
Turkish Minute melaporkan Pejabat Gabenor İzmir mengharamkan protes pro-LGBT itu dengan alasan keselamatan awam dan berkata penunjuk perasaan bertindak “bercanggah dengan moral” sewaktu protes berkenaan.
Protes itu juga dikhuatiri menjemput serangan kumpulan radikal atau kumpulan yang mempunyai pandangan bertentangan yang mengancam keselamatan awam.
Pihak Polis membubarkan kumpulan penunjuk perasaan di hadapan Terminal Feri Pasaport, Konak, membawa tahanan ke balai polis yang kemudiannya dibebaskan pada petang hari yang sama.
Iklan bertajuk “Hentikan propaganda LGBT” yang diluluskan itu diterbitkan Yayasan Keluarga İstanbul.
Iklan awam itu mempromosikan acara yang bakal diadakan di kejiranan Saraçhane, İstanbul pada 17 September ini yang menyeru pengharaman propaganda LGBT “untuk anak-anak, keluarga dan seluruh manusia”.
Sumber: Turkish Minute