Antarabangsa
Agensi AS beri amaran serangan pengganas menjelang pemilihan 2024
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat (AS), semalam memberi amaran berhubung ancaman pelampau secara domestik kekal tinggi menjelang pilihan raya pada November 2024.
- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat (AS), semalam memberi amaran berhubung ancaman pelampau secara domestik kekal tinggi menjelang pilihan raya pada November 2024.
- Menurut DHS, corak ancaman daripada kumpulan pengganas domestik, sama ada mereka yang tidak mempunyai kaitan dengan penjenayah antarabangsa tertentu atau pelampau yang dipengaruhi pertubuhan pengganas asing, tidak banyak berubah.
- “Pada 2024, kami menjangkakan ancaman keganasan daripada kumpulan pelampau radikal di AS akan kekal tinggi,” katanya dalam penilaian tahunan ancaman AS.
- Amaran masih dikeluarkan walaupun serangan terhadap Bangunan Capitol AS pada 6 Januari 2021 menyaksikan ratusan individu didakwa dan menerima hukuman penjara termasuk ahli kumpulan pelampau.
WASHINGTON: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat (AS), semalam memberi amaran berhubung ancaman pelampau secara domestik kekal tinggi menjelang pilihan raya pada November 2024.
Menurut DHS, corak ancaman daripada kumpulan pengganas domestik, sama ada mereka yang tidak mempunyai kaitan dengan penjenayah antarabangsa tertentu atau pelampau yang dipengaruhi pertubuhan pengganas asing, tidak banyak berubah.
“Pada 2024, kami menjangkakan ancaman keganasan daripada kumpulan pelampau radikal di AS akan kekal tinggi,” katanya dalam penilaian tahunan ancaman AS.
Amaran masih dikeluarkan walaupun serangan terhadap Bangunan Capitol AS pada 6 Januari 2021 menyaksikan ratusan individu didakwa dan menerima hukuman penjara termasuk ahli kumpulan pelampau.
Menurut DHS, kecenderungan pelakuan pelampau disebabkan gabungan teori konspirasi, dendam peribadi, dan ideologi perkauman, etnik, agama, serta anti-kerajaan yang sering dikongsi dalam talian.
Katanya, ancaman utama adalah daripada pelampau bermotifkan kaum dan etnik yang menyokong perang kaum.
“Kumpulan pelampau yang didorong teori konspirasi dan rungutan anti-kerajaan juga mungkin merancang mengganggu proses pilihan raya,” katanya.’
Menurut DHS, keganasan atau ancaman kemungkinan ditujukan terhadap pegawai kerajaan, pengundi dan pegawai pilihan raya.
Katanya, Russia, China, dan Iran mungkin mengambil peluang pada musim pilihan raya itu untuk menjalankan kempen pengaruh secara terang-terangan atau berselindung, bertujuan membentuk dasar luar AS yang menguntungkan mereka dan menjejaskan kestabilan negara itu.
Sejak dua tahun lalu, beberapa serangan kumpulan pelampau dilancarkan, menyasarkan komunikasi dan infrastruktur tenaga, seperti loji kuasa, dengan matlamat untuk menimbulkan ketakutan dan menggugat kestabilan masyarakat.
Beberapa individu juga dilaporkan melakukan serangan tembakan besar-besaran yang bermotifkan perkauman.
Kes terbaru berlaku pada akhir Ogos di Jacksonville, Florida, apabila seorang lelaki kulit putih berusia 21 tahun membunuh tiga orang kulit hitam di sebuah kedai sebelum membunuh dirinya sendiri.
Sumber: Berita Harian