Terkini
MCA tidak setuju pembekuan pengambilan pelajar antarabangsa sekolah persendirian Cina
MCA tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) membekukan pengambilan pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), kata Timbalan Presidennya, Datuk Dr Mah Hang Soon.

- MCA tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) membekukan pengambilan pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), kata Timbalan Presidennya, Datuk Dr Mah Hang Soon.
- Beliau berkata ini kerana penyalahgunaan pas sosial, yang juga alasan pembekuan pengambilan pelajar antarabangsa di SMPC oleh KPM, hanya berlaku dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
- “Maka, Kementerian Pendidikan tidak patut membabitkan SMPC, secara terburu-buru membekukan pengambilan pelajar antarabangsa di SMPC disebabkan insiden pas sosial mungkin disalahgunakan dalam pengambilan pelajar universiti,” kata Hang Soon dalam hantaran di akaun Facebooknya hari ini.
- Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying sebelum ini dilaporkan berkata tindakan pembekuan itu dilaksanakan KPM kerana terdapat pihak tertentu menyalahgunakan pas sosial.
- Hang Soon berkata terdapat 28 pelajar antarabangsa ditolak permohonan melanjutkan pengajian di SMPC.
MCA tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) membekukan pengambilan pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), kata Timbalan Presidennya, Datuk Dr Mah Hang Soon.
Hang Soon berkata ini kerana penyalahgunaan pas sosial, yang juga alasan pembekuan pengambilan pelajar antarabangsa di SMPC oleh KPM, hanya berlaku dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying sebelum ini dilaporkan berkata tindakan pembekuan itu dilaksanakan KPM kerana terdapat pihak tertentu menyalahgunakan pas sosial.
“Maka, Kementerian Pendidikan tidak patut membabitkan SMPC, secara terburu-buru membekukan pengambilan pelajar antarabangsa di SMPC disebabkan insiden pas sosial mungkin disalahgunakan dalam pengambilan pelajar universiti,” kata Hang Soon dalam hantaran di akaun Facebooknya hari ini.
Semalam, Hang Soon mendedahkan permohonan pengambilan pelajar antarabangsa di sebuah SMPC di Perak telah ditolak.
Katanya, terdapat 28 pelajar antarabangsa yang ditolak permohonan melanjutkan pengajian di SMPC.
Timbalan Presiden MCA itu berkata SMPC terkenal dengan ketegasan mereka dalam pentadbiran sekolah dan pengambilan pelajar antarabangsa akan mengikut prosedur ditetapkan.
Hang Soon berkata adalah mustahil untuk SMPC menerima kemasukan pelajar secara haram. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Mah Hang Soon

You must be logged in to post a comment Login