Connect with us

Terkini

Melaka terima 500 tan metrik beras tempatan mulai Sabtu ini

Bermula Sabtu ini, sebanyak 500 tan metrik beras tempatan akan diedarkan di semua kedai runcit di seluruh negeri Melaka sehingga akhir bulan ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Melaka terima 500 tan metrik beras tempatan mulai Sabtu ini
Foto: Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.
  • Bermula Sabtu ini, sebanyak 500 tan metrik beras tempatan akan diedarkan di semua kedai runcit di seluruh negeri Melaka sehingga akhir bulan.
  • Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, keputusan dicapai dalam satu mesyuarat khas menangani isu kekurangan beras tempatan pagi semalam.
  • “Insya Allah, bekalan itu mencukupi untuk keperluan rakyat di negeri ini,” katanya dalam satu video dimuat naik menerusi Facebook rasminya selepas mesyuarat semalam.
  • Dr Akmal meminta rakyat tidak mendapat bekalan beras tempatan sehingga akhir bulan segera memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

MELAKA – Bermula Sabtu ini, sebanyak 500 tan metrik beras tempatan akan diedarkan di semua kedai runcit di seluruh negeri Melaka sehingga akhir bulan ini.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas bagi menangani isu kekurangan beras tempatan pagi semalam.

Menurutnya, mesyuarat itu melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) dan syarikat pemborong beras negeri.

“Hasil keputusan mesyuarat itu kita putuskan bermula Sabtu ini sehingga hujung bulan, Melaka akan mendapat penambahan 500 metrik tan beras tempatan yang akan diedarkan kepada seluruh kedai-kedai dalam negeri.

“Insya Allah, bekalan itu mencukupi untuk keperluan rakyat di negeri ini,” katanya dalam satu video yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya selepas mesyuarat semalam.

Mengulas lanjut, Dr Akmal turut meminta rakyat yang tidak mendapat bekalan beras tempatan sehingga akhir bulan ini segera memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

“Tujuannya adalah untuk kita kesan bermula di peringkat pengilang sampailah kepada pengguna supaya kita dapat kawal bekalan beras ini.

“Kita mahu pastikan isu kekurangan beras ini dapat ditentang habis-habisan sehingga ianya selesai,” katanya. – MalaysiaGazette

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *