Connect with us

Antarabangsa

Pelampau Hindu hasut rusuhan antara kaum di Haryana ditangkap

Seorang lelaki yang dituduh menghasut dalam tragedi maut keganasan antara kaum di Haryana, India, ditahan pihak berkuasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelampau Hindu hasut rusuhan antara kaum di Haryana ditangkap
Foto: Ahli pasukan pertahanan lembu, Mohit Yadav atau lebih dikenali sebagai Monu Manesar.
  • Seorang lelaki yang dituduh menghasut dalam tragedi maut keganasan antara kaum di Haryana, India, ditahan pihak berkuasa.
  • Mohit Yadav atau lebih dikenali sebagai Monu Manesar, yang juga ahli pasukan pertahanan lembu, ditahan atas dakwaan memuat naik kenyataan menghasut menggunakan nama palsu di media sosial setelah insiden keganasan itu, demikian lapor AlJazeera memetik media India pada Selasa.
  • Insiden keganasan di Nuh, satu-satunya daerah majoriti Muslim Haryana kira-kira 100 kilometer (62 batu) dari New Delhi, bermula pada 31 Julai lalu selepas kumpulan sayap kanan Hindu mengadakan perarakan keagamaan di kawasan itu.
  • Dua hari sebelum perarakan itu, Manesar yang mengetuai unit perlindungan lembu tempatan Bajrang Dal, sayap pemuda Vishva Hindu Parishad (VHP), memuat naik video di Facebook mengatakan dia akan menghadiri perarakan sambil menggesa penganut Hindu yang lain untuk turut serta.
  • Penduduk Nuh berkata video itu menimbulkan kemarahan kerana Manesar, 28, adalah antara 21 individu yang dinamakan dalam laporan maklumat pertama polis berkaitan pembunuhan dua lelaki Muslim pada Februari tahun ini.
  • Pada 16 Februari lalu, mayat Junaid Khan, 35, dan sepupunya, Nasir Hussain, 27, kedua-duanya dari Rajasthan, ditemui hangus dalam sebuah kereta di daerah Bhiwani Haryana.

Seorang lelaki yang dituduh menghasut dalam tragedi maut keganasan antara kaum di Haryana, India, ditahan pihak berkuasa.

Mohit Yadav atau lebih dikenali sebagai Monu Manesar, yang juga ahli pasukan pertahanan lembu, ditahan atas dakwaan memuat naik kenyataan menghasut menggunakan nama palsu di media sosial setelah insiden keganasan itu, demikian lapor AlJazeera memetik media India pada Selasa.

Insiden keganasan di Nuh, satu-satunya daerah majoriti Muslim Haryana kira-kira 100 kilometer (62 batu) dari New Delhi, bermula pada 31 Julai lalu selepas kumpulan sayap kanan Hindu mengadakan perarakan keagamaan di kawasan itu.

Dua hari sebelum perarakan itu, Manesar yang mengetuai unit perlindungan lembu tempatan Bajrang Dal, sayap pemuda Vishva Hindu Parishad (VHP), memuat naik video di Facebook mengatakan dia akan menghadiri perarakan sambil menggesa penganut Hindu yang lain untuk turut serta.

Penduduk Nuh berkata video itu menimbulkan kemarahan kerana Manesar, 28, adalah antara 21 individu yang dinamakan dalam laporan maklumat pertama polis berkaitan pembunuhan dua lelaki Muslim pada Februari tahun ini.

Pada 16 Februari lalu, mayat Junaid Khan, 35, dan sepupunya, Nasir Hussain, 27, kedua-duanya dari Rajastha, ditemui hangus dalam sebuah kereta di daerah Bhiwani Haryana.

Puluhan Muslim diserang dan dibunuh dalam dekad lalu oleh kumpulan pengawal lembu itu atas dakwaan penyembelihan lembu iaitu haiwan yang dianggap suci oleh penganut Hindu.

Menurut laporan media tempatan, Manesar berkemungkinan diserahkan kepada Polis Rajasthan.

Kumpulan Hindu berkata perarakan mereka di Nuh diserang oleh penduduk Muslim yang menolak dakwaan itu dan mengatakan keganasan, yang menyaksikan enam individu maut itu, dirancang pihak tertentu.

Sumber: Al Jazeera 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *