Connect with us

Antarabangsa

Isu penghinaan al-Quran akan dibincang Majlis Hak Asasi PBB 6 Okt depan 

Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk pada Isnin berkata serangan terhadap al-Quran, kitab suci umat Islam, akan dibincangkan dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 6 Oktober depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu penghinaan al-Quran akan dibincang Majlis Hak Asasi PBB 6 Okt depan 
Foto: Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk.
  • Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk pada Isnin berkata serangan terhadap al-Quran, kitab suci umat Islam, akan dibincangkan dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 6 Oktober depan.
  • Turk berkata demikian ketika memberi maklum balas pada sesi pembukaan Majlis Hak Asasi Manusia ke-54 di Geneva dan memulakan persidangan itu dengan detik bertafakur bagi menyatakan solidariti dengan Maghribi yang dilanda gempa bumi dahsyat.
  • “Siri menjijikkan kira-kira 30 insiden pembakaran al-Quran baru-baru ini adalah manifestasi terbaru dari desakan polarisasi dan pecah-belah bagi mewujudkan perpecahan dalam masyarakat dan antara negara,” kata Turk dipetik agensi berita Anadolu.
  • Kebelakangan ini, tokoh dan kumpulan Islamofobia di Eropah Utara berulang kali melakukan pembakaran al-Quran dan percubaan serupa untuk mencemarkan kitab suci umat Islam yang menimbulkan kemarahan negara Islam dan dunia.

Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk pada Isnin berkata serangan terhadap al-Quran, kitab suci umat Islam, akan dibincangkan dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 6 Oktober depan.

Turk berkata demikian ketika memberi maklum balas pada sesi pembukaan Majlis Hak Asasi Manusia ke-54 di Geneva dan memulakan persidangan itu dengan detik bertafakur bagi menyatakan solidariti dengan Maghribi yang dilanda gempa bumi dahsyat.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB itu berkata masyarakat dunia kini menyaksikan politik memecahbelahkan termasuk perdebatan yang direka mengenai jantina, migrasi atau membayangkan ‘pertembungan’ ketamadunan.

“Siri menjijikkan kira-kira 30 insiden pembakaran al-Quran baru-baru ini adalah manifestasi terbaru dari desakan polarisasi dan pecah-belah bagi mewujudkan perpecahan dalam masyarakat dan antara negara,” kata Turk dipetik agensi berita Anadolu.

Katanya, situasi itu akan dibincangkan secara mendalam pada 6 Oktober depan selaras dengan resolusi 53/1.

Pada persidangan Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Julai lalu, Turk turut menyeru semua negara untuk memerangi penggunaan agama sebagai senjata untuk tujuan politik.

Katanya, insiden itu telah dibuat untuk menyatakan penghinaan dan menyemarakkan kemarahan serta mendorong perpecahan antara manusia, mengubah perbezaan perspektif kepada kebencian dan mungkin keganasan.

Kebelakangan ini, tokoh dan kumpulan Islamofobia di Eropah Utara berulang kali melakukan pembakaran al-Quran dan percubaan serupa untuk mencemarkan kitab suci umat Islam yang menimbulkan kemarahan negara Islam dan dunia.

Sumber: Anadolu Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *