Connect with us

Antarabangsa

Banjir besar ragut lebih 2,000 nyawa, Libya mohon bantuan antarabangsa 

Libya memohon bantuan antarabangsa selepas banjir besar yang melanda negaranya meragut lebih 2,000 nyawa selain ramai lagi dikhuatiri masih hilang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Banjir besar ragut lebih 2,000 nyawa, Libya mohon bantuan antarabangsa 
Foto: Keadaan banjir di Libya.
  • Libya memohon bantuan antarabangsa selepas banjir besar yang melanda negaranya meragut lebih 2,000 nyawa selain ramai lagi dikhuatiri masih hilang.
  • Ketua Majlis Presiden Libya, Mohamed Menfi berkata, bandar di timur, Derna, Al-Bayda dan Shahhat adalah antara yang paling teruk terjejas dan beliau gesa penduduk setempat patuhi arahan pihak berkuasa bagi mengatasi krisis dihadapi.
  • “Kami memohon bantuan negara rakan dan pertubuhan antarabangsa untuk menyokong usaha kami di kawasan dilanda bencana,” katanya dalam satu kenyataan.
  • Menurut Perdana Menteri Libya, Osama Hammad, lebih 2,000 orang maut di wilayah timur dan ribuan lagi masih hilang.
  • Jurucakap pentadbiran yang berpangkalan di Benghazi, Libya, Mohamed Massoud, berkata kebanyakan mangsa terperangkap akibat banjir dan hujan lebat dibawa ribut Daniel di Derna, wilayah Jabal al-Akhdar dan pinggir bandar Al-Marj.

TRIPOLI: Libya memohon bantuan antarabangsa selepas banjir besar yang melanda negaranya meragut lebih 2,000 nyawa selain ramai lagi dikhuatiri masih hilang.

Ketua Majlis Presiden Libya, Mohamed Menfi berkata, bandar di timur, Derna, Al-Bayda dan Shahhat adalah antara yang paling teruk terjejas dan beliau menggesa penduduk setempat mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengatasi krisis yang dihadapi.

“Kami memohon bantuan negara rakan dan pertubuhan antarabangsa untuk menyokong usaha kami di kawasan dilanda bencana,” katanya dalam satu kenyataan.

Ribut Mediterranean, Daniel, yang melanda timur Libya pada Ahad menyebabkan banjir besar yang memusnahkan apa saja dalam laluannya.

Menurut Perdana Menteri Libya, Osama Hammad, lebih 2,000 orang maut di wilayah timur dan ribuan lagi masih hilang.

Jurucakap pentadbiran yang berpangkalan di Benghazi, Libya, Mohamed Massoud, berkata kebanyakan mangsa terperangkap akibat banjir dan hujan lebat dibawa ribut Daniel di Derna, wilayah Jabal al-Akhdar dan pinggir bandar Al-Marj.

“Angka itu tidak termasuk kerosakan besar-besaran yang melanda harta benda awam dan swasta,” tambahnya.

Kerajaan Hamad, yang menentang pentadbiran peralihan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) diiktiraf di peringkat antarabangsa di Tripoli, mengisytiharkan Derna sebagai ‘kawasan bencana’.

Pakar menyifatkan ribut Daniel yang turut melanda sebahagian Greece, Turkiye dan Bulgaria sejak beberapa hari kebelakangan ini, sebagai ‘cuaca melampau’ dari segi jumlah air hujan yang diterima dalam tempoh 24 jam.

Ribut itu melanda timur Libya petang semalam, terutamanya bandar pantai Jabal al-Akhdar selain Benghazi, di mana perintah berkurung diisytiharkan dan sekolah ditutup selama beberapa hari.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *