Antarabangsa
(VIDEO) Pelampau Hindutva robohkan makam orang Islam di Uttarakhand, India
Beberapa tempat pemakaman orang Islam di Uttarakhand, India dimusnahkan sekumpulan individu pengikut nasionalis ekstrem sayap kanan Hindutva.
Beberapa tempat pemakaman orang Islam di Uttarakhand, India dimusnahkan sekumpulan individu pengikut nasionalis ekstrem sayap kanan Hindutva.
Insiden yang tercetus di kawasan Amit Gram di Rishikesh itu menjadi topik perbualan di media sosial selepas video merakamkan kejadian dimuat naik atas talian.
World Echo melaporkan tempat pemakaman itu dipecahkan sekumpulan individu yang dikaitkan dengan kumpulan Devbhoomi Raksha Abhiyan.
Penggunaan tukul besi bagi menghancurkan struktur binaan di makam itu dihayun pemusnah sambil melaungkan slogan “Jai Shree Ram” (Kemenangan untuk Dewa Rama).
Slogan yang dilaungkan itu antara elemen menyemarakkan dan meningkatkan ketegangan sekitar lokasi kejadian.
Presiden Devbhoomi Raksha Abhiyan, Swami Darshan Bharti berkata mereka mempunyai kebenaran untuk merobohkan makam daripada pemilik tanah struktur-struktur itu dibina.
“Tanah di mana makam dibangunkan adalah milik dua penganut Hindu dari bukit. Mereka membenarkan kami merobohkannya. Kami melakukannya dengan kehadiran anggota polis,” katanya menurut laporan India Today.
Selain itu, penggunaan jentolak turut jelas kelihatan sedang menarik dan menolak timbunan runtuhan zink dan batu di tempat kejadian.
Sumber: Twitter – Hindutva Watch, World Echo, Twitter – 5Pillars, India Today
View this post on Instagram