Connect with us

Antarabangsa

Pesalah transgender didakwa mencabul banduan di penjara wanita 

Seorang banduan wanita di sebuah penjara di negeri New Jersey mendakwa  bahawa dia diserang secara seksual oleh banduan transgender yang memiliki alat sulit lelaki, lapor laman berita RT semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pesalah transgender didakwa mencabul banduan di penjara wanita 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang banduan wanita di sebuah penjara di negeri New Jersey mendakwa  bahawa dia diserang secara seksual oleh banduan transgender yang memiliki alat sulit lelaki, lapor laman berita RT semalam.
  • Pengadu yang identitinya tidak didedahkan  menuduh Jabatan Pemulihan Negeri  gagal bertindak bagi melindungi banduan wanita.
  • Beberapa aduan telah dibuat mengenai ‘tingkah laku mengganggu transgender’ dengan  kebanyakan mereka, memiliki alat sulit  lelaki yang berfungsi sepenuhnya.
  • Banduan transgender itu telah dipindahkan ke penjara lelaki, lapor laman berita tempatan, My Central Jersey

TRENTON, NEW JERSEY – Seorang banduan wanita di sebuah penjara di negeri New Jersey mendakwa  bahawa dia diserang secara seksual oleh banduan transgender yang memiliki alat sulit lelaki, lapor laman berita RT semalam.

Pengadu yang identitinya tidak didedahkan menuduh Jabatan Pemulihan Negeri  gagal bertindak bagi melindungi banduan wanita.

Tuntutan undang-undang yang difailkan di sebuah mahkamah akhir bulan lalu itu menyatakan, pengadu tidak dilindungi secukupnya oleh kakitangan penjara di Fasiliti Pemulihan Edna Mahan untuk Wanita.

Tambahnya, populasi penjara itu termasuk banduan transgender yang bertindak agresif secara seksual.

Ujarnya, beberapa aduan telah dibuat mengenai ‘tingkah laku mengganggu transgender’ dengan  kebanyakan mereka, memiliki alat sulit  lelaki yang berfungsi sepenuhnya.

Pihak penjara bagaimanapun tidak memberikan sebarang ulasan mengenai saman itu.

Banduan transgender itu telah dipindahkan ke penjara lelaki, lapor laman berita tempatan, My Central Jersey. – AGENSI 

Sumber: Kosmo Digital

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *