Antarabangsa
Nama India ditukar kepada ‘Bharat’?
India dihebohkan dengan spekulasi membatalkan penggunaan nama rasmi Inggeris negara itu dari menggunakan ‘India’ kepada ‘Bharat’.
- India dihebohkan dengan spekulasi membatalkan penggunaan nama rasmi Inggeris negara itu dari menggunakan ‘India’ kepada ‘Bharat’.
- Ia dibangkitkan selepas negara itu selaku tuan rumah himpunan G20 menggunakan nama lain dalam jemputan majlis makan malam negara itu kepada pemimpin dunia dengan tulisan majlis itu dianjurkan oleh “Presiden Bharat”.
- Perdana Menteri, Narendra Modi sebelum ini berusaha menghapuskan simbol-simbol pemerintahan British pada landskap bandar, institusi politik dan buku sejarah India, tetapi isu berkaitan nama itu disifatkan sebagai kebarangkalian langkah beliau seterusnya.
- The Guardian melaporkan adalah menjadi kebiasaan bagi Modi untuk merujuk India sebagai Bharat, satu perkataan yang berasal dari kitab-kitab Hindu kuno yang ditulis dalam Sanskrit.
- ‘Bharat’ juga merupakan salah satu daripada dua nama rasmi India menurut perlembagaan negara itu.
India dihebohkan dengan spekulasi membatalkan penggunaan nama rasmi Inggeris negara itu dari menggunakan ‘India’ kepada ‘Bharat’.
Ia dibangkitkan selepas negara itu selaku tuan rumah himpunan G20 menggunakan nama lain dalam jemputan majlis makan malam negara itu kepada pemimpin dunia dengan tulisan majlis itu dianjurkan oleh “Presiden Bharat”.
Perdana Menteri, Narendra Modi sebelum ini berusaha menghapuskan simbol-simbol pemerintahan British pada landskap bandar, institusi politik dan buku sejarah India, tetapi isu berkaitan nama itu disifatkan sebagai kebarangkalian langkah beliau seterusnya.
The Guardian melaporkan adalah menjadi kebiasaan bagi Modi untuk merujuk India sebagai Bharat, satu perkataan yang berasal dari kitab-kitab Hindu kuno yang ditulis dalam Sanskrit.
‘Bharat’ juga merupakan salah satu daripada dua nama rasmi India menurut perlembagaan negara itu.
Anggota parti pemerintah nasionalis Hindu, Parti Bharatiya Janata (BJP), sebelum ini berkempen menentang penggunaan nama India, berpendapat bahawa ia berasal dari zaman kuno barat dan digunakan semasa penaklukan British ke atas negara itu.
Kerajaan bakal mengadakan sidang khas Parlimen pada akhir bulan ini tanpa memaklumkan agenda perundangannya.
Sumber tidak rasmi pegawai kerajaan yang tidak mahu dinamakan memaklumkan penggubal undang-undang BJP akan mengemukakan resolusi khas untuk diutamakan (penggunaan) nama Bharat.
Sumber: The Guardian