Terkini
Hakim nyatakan alasan pendakwaan kes Zahid Hamidi adalah kukuh – Jabatan Peguam Negara
Permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibuat berdasarkan alasan yang telah dikemukakan dan diterima mahkamah.
- Permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibuat berdasarkan alasan yang telah dikemukakan dan diterima mahkamah.
- “Merujuk kepada laporan media bahawa tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi sebagai tidak bermoral, jabatan ini ingin menegaskan bahawa permohonan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dikemukakan dan telah pun diterima oleh mahkamah.
- “Semasa membuat keputusan tersebut, YA Hakim menyatakan alasan-alasan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent),” kata AGC dalam kenyataan pada Selasa.
- Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dilaporkan melepas tanpa membebaskan Zahid Hamidi daripada 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
KUALA LUMPUR — Permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibuat berdasarkan alasan yang telah dikemukakan dan diterima mahkamah.
AGC dalam kenyataan di sini berkata Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang membuat keputusan terbabit, menyatakan alasan dikemukakan pihak pendakwaan adalah kukuh.
“Merujuk kepada laporan media bahawa tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi sebagai tidak bermoral, jabatan ini ingin menegaskan bahawa permohonan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dikemukakan dan telah pun diterima oleh mahkamah.
“Semasa membuat keputusan tersebut, YA Hakim menyatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent),” kata AGC dalam kenyataan pada semalam.
Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dilaporkan melepas tanpa membebaskan Zahid Hamidi daripada 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri bagi menggugurkan kesemua tuduhan ke atasnya. — The Merdeka Times