Connect with us

Antarabangsa

Universiti Sydney dedahkan 100 kakitangan, pelajarnya mangsa gangguan seksual

Lebih 100 kakitangan dan pelajar Universiti Sydney menjadi mangsa gangguan seksual pada tahun lepas. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Universiti Sydney dedahkan 100 kakitangan, pelajarnya mangsa gangguan seksual
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 100 kakitangan dan pelajar Universiti Sydney menjadi mangsa gangguan seksual pada tahun lepas. 
  • Laporan Universiti Sydney yang dikeluarkan pada Isnin mendedahkan institusi itu menerima 121 laporan salah laku seksual, meliputi 74 kes serangan seksual dan 47 kes gangguan seksual. 
  • “Kami berjanji untuk telus dan berkongsi cerita penuh tentang salah laku seksual dalam komuniti kami. Kami berpegang pada janji” kata naib canselor universiti itu, Professor Mark Scott dipetik Sydney Morning Herald. 
  • Kebanyakan universiti dikritik terhadap pengendalian serangan seksual berikutan pendedahan 29 daripada 39 universiti yang berjanji untuk melaporkan isu itu berbuat demikian dengan cara yang tidak boleh diakses atau tiada tindakan sama sekali. 

Lebih 100 kakitangan dan pelajar Universiti Sydney menjadi mangsa gangguan seksual pada tahun lepas. 

Laporan Universiti Sydney yang dikeluarkan pada Isnin mendedahkan institusi itu menerima 121 laporan salah laku seksual, meliputi 74 kes serangan seksual dan 47 kes gangguan seksual. 

Daripada 121 insiden itu, 55 dikategorikan sebagai salah laku berkaitan universiti, di mana salah laku itu berlaku di kampus atau pelakunya adalah pelajar atau kakitangan. 

Manakala 66 lagi dikategorikan sebagai kelakuan bukan berkaitan universiti, di mana pelajar atau kakitangan universiti terbabit dilaporkan menjadi mangsa gangguan seksual di luar kampus. 

Naib Canselor universiti itu, Profesor Mark Scott berkata jumlah laporan yang agak tinggi pada tahun lepas boleh dikaitkan dengan kepulangan pelajar ke kampus selepas gangguan COVID-19 dan peningkatan penglibatan dengan perkhidmatan sokongan. 

“Kami berjanji untuk telus dan berkongsi cerita penuh tentang salah laku seksual dalam komuniti kami. Kami berpegang pada janji. 

“Memandangkan keraguan yang besar mengenai usaha universiti dalam perkara ini, laporan ini merupakan peluang penting untuk mengesahkan komitmen kami,” kata naib canselor itu dipetik Sydney Morning Herald. 

Kebanyakan universiti dikritik terhadap pengendalian serangan seksual berikutan pendedahan 29 daripada 39 universiti yang berjanji untuk melaporkan isu itu berbuat demikian dengan cara yang tidak boleh diakses atau tiada tindakan sama sekali. 

Sumber: The Sydney Morning 

Author